Pemeteraian Memorandum Persefahaman UiTM–TP-Link Malaysia
Title
Subject
Description

Mewakili UiTM dalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan TP-Link Malaysia yang diwakili oleh Mr Cai Zhenbao, Regional Director, TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. serta Alvin Ou, Head of Enterprise & ISP Business (Malaysia).
TP-Link telah mula beroperasi sejak tahun 1990-an dan kini menjadi syarikat terkemuka yang beroperasi di lebih daripada 170 negara dengan 1.7 juta pengguna global. Pada masa ini, TP-Link menempati tempat pertama sebagai penyedia produk Wi-Fi dunia.
Kerjasama ini meliputi bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta peluang latihan industri (internship) pelajar.
Tahniah kepada Professor Ir. Dr. Ahmad Farid Abidin, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, serta seluruh warga FKE atas usaha sama strategik ini. Semoga memberi manfaat kepada semua pihak.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير