Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti Universiti Teknologi MARA

Title

Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti Universiti Teknologi MARA

Subject

Perbincangan Strategik, Kedudukan Kewangan Universiti, Agenda UiTM sebagai Universiti Komprehensif

Description


Terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, atas luangan masa bersama Majlis Eksekutif Universiti untuk memberi taklimat langsung perihal kedudukan dan perancangan Universiti Teknologi MARA untuk menggerakkan universiti keramat ini agar terus relevan dengan kedudukan kewangan yang lestari.

Hampir kesemua ahli Majlis Eksekutif Universiti hadir dan memberi laporan langsung berkaitan portfolio masing-masing, sejajar dengan hasrat Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk agenda Universiti Teknologi MARA sebagai sebuah universiti komprehensif yang diwujudkan atas Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Terima kasih juga kepada Tan Sri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti yang turut hadir memberi sokongan. Turut hadir Datuk Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Datuk Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan.

Penyampaian cenderamata kenangan hasil seramik daripada TPS Ceramic Hub yang sedang diusahakan.

Khamis lalu juga diadakan perbincangan berkaitan kerjasama dan susun atur UiTM Holdings sebagai cabang komersial universiti bagi agenda kewangan Universiti Teknologi MARA dengan model kewangan baharu.

Turut hadir Datuk Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Tan Sri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA, Dato’ Pengerusi UiTM Holdings Sdn. Bhd. dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UiTM Holdings Sdn. Bhd.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas perhatian yang diberikan kepada Universiti Teknologi MARA. Insya-Allah, berkat muafakat dan kebersamaan, kita akan mempertahankan Universiti Teknologi MARA demi agama, bangsa dan tanah air.







Terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, atas luangan masa bersama Majlis Eksekutif Universiti (MEU) untuk memberi taklimat langsung perihal kedudukan dan perancangan UiTM untuk menggerakkan universiti keramat ini agar terus relevan dengan kedudukan kewangan yang lestari.

Hampir kesemua ahli MEU hadir dan memberi laporan langsung berkaitan portfolio masing-masing, sejajar dengan hasrat YBM KPT untuk agenda UiTM sebagai sebuah universiti komprehensif yang diwujudkan atas Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Terima kasih juga kepada Tan Sri Pengerusi LPU yang turut hadir memberi sokongan. Turut hadir Datuk TKSU Dasar dan Datuk TKSU Pembangunan.

Penyampaian cenderamata kenangan hasil seramik daripada TPS Ceramic Hub yang sedang diusahakan.

Khamis lalu juga diadakan perbincangan berkaitan kerjasama dan susun atur UiTM Holdings sebagai cabang komersial universiti bagi agenda kewangan UiTM dengan model kewangan baharu. Turut hadir Datuk Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), Tan Sri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (TS PLPU UiTM), Dato’ Pengerusi UiTM Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UiTM Holdings Sdn. Bhd. (GCEO UHSB).

Terima kasih YBM atas perhatian yang diberikan kepada UiTM. Insya-Allah, berkat muafakat dan kebersamaan, kita akan mempertahankan UiTM demi agama, bangsa dan tanah air.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Relation

Sesi Taklimat dan Perbincangan Strategik Bersama Menteri Pendidikan Tinggi

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Official Statement

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1DhqpsXv9V/

Files

Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (1).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (2).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (3).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (4).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (5).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (6).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (7).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (8).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (9).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (10).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (11).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (12).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (13).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (14).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (15).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (16).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (17).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (18).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (19).jpg
Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti UiTM (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Eksekutif Universiti Universiti Teknologi MARA,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2064.

Output Formats