Perkongsian Hantaran : Penyerahan Bas Baharu Perkukuh Mobiliti Warga UiTM Cawangan Perlis
Title
Perkongsian Hantaran : Penyerahan Bas Baharu Perkukuh Mobiliti Warga UiTM Cawangan Perlis
Subject
Penyerahan Bas Baharu, Kemudahan Pengangkutan Kampus, Mobiliti Warga UiTM
Description
Alhamdulillah dah sampai Arau dengan selamat. Jaga amanah baik2 dan manfaatkan sebaiknya untuk mahasiswa dan kakitangan, InsyaAllah.

Perkongsian Hantaran :
" PENYERAHAN BAS BAHARU PERKUKUH MOBILITI WARGA UiTM CAWANGAN PERLIS

Perkongsian Hantaran :
" PENYERAHAN BAS BAHARU PERKUKUH MOBILITI WARGA UiTM CAWANGAN PERLIS
Arau, 20 April 2026 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis telah mengadakan Majlis Penyerahan sebuah bas baharu kepada Unit Kenderaan UiTM Cawangan Perlis yang berlangsung di Bangunan Pentadbiran. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor. Turut hadir Encik Mohd Khairul Ab Razak, Timbalan Pendaftar Kanan bersama barisan staf pentadbiran.
Sebagai rekod, sebelum ini sekitar 14 buah bas telah diterima oleh UiTM, dan setiap kampus UiTM menerima manfaat hasil daripada peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan (MoF). Inisiatif berterusan ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan universiti dalam memastikan kebajikan serta kemudahan warga UiTM sentiasa diberi keutamaan.
Bas baharu ini dilengkapi enjin Euro 5 yang lebih mesra alam, ciri keselamatan moden termasuk CCTV dan kamera 360 darjah, serta kemudahan seperti skrin pintar dan port USB bagi keselesaan pengguna.
Pihak pengurusan UiTM Cawangan Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Naib Canselor UiTM dan pengurusan UiTM atas kepimpinan yang berterusan dalam memperkukuh kemudahan universiti.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : UiTM Cawangan Perlis
Date
Relation
Majlis Penyerahan Bas Baharu UiTM Cawangan Perlis
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting ( Facebook), Event Ceremony Update
Coverage
UiTM Cawangan Perlis , Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1BCPUKnL7Y/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hantaran : Penyerahan Bas Baharu Perkukuh Mobiliti Warga UiTM Cawangan Perlis,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2063.