Menghadiri Majlis Meraikan Duyufurrahman (Bakal Haji) 1447H/2026M di UiTM Shah Alam
Title
Subject
Description

Pagi tadi hadir di Majlis Meraikan Duyufurrahman (Bakal Haji) 1447H/2026M yang berlangsung di Ruang Solat Tambahan, Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Alam.
Seramai 26 bakal haji telah diraikan dan menerima sumbangan kit haji; sebahagian jemaah telah pun berangkat awal. Sempat menyampaikan pesanan dan tips haji untuk benar-benar menghayati Rukun Islam kelima yang merupakan kemuncak kepada pengibadatan kita kepada Allah Taala.
الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
“Umrah ke umrah menjadi penghapus dosa antara keduanya, dan haji mabrur tidak ada balasan baginya melainkan syurga.”
(Riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجهم حَجًّا مَبْرُورًا، وَسَعْيهم سَعْيًا مَشْكُورًا، وَذَنْبِهم ذَنْبًا مَغْفُورًا
“Ya Allah, jadikan haji mereka haji yang mabrur, sa‘i mereka sa‘i yang diterima, dan dosa mereka dosa yang diampunkan.”
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
