Menjunjung Kasih Sumbangan DYMM Tengku Permaisuri Selangor kepada Tabung Endowmen UiTM

Title

Menjunjung Kasih Sumbangan DYMM Tengku Permaisuri Selangor kepada Tabung Endowmen UiTM

Subject

Sumbangan diraja, biasiswa pelajar, lawatan penanda aras industri seramik Jepun dan pembangunan TPS Ceramic Hub

Description


Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin atas sumbangan peribadi kepada Tabung Endowmen UiTM bagi menyediakan biasiswa kepada pelajar yang memerlukan.

Semoga Allah melimpahkan dan meluaskan rezeki DYMM Tengku Permaisuri Selangor, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, umur yang diberkati serta memelihara Tuanku di bawah rahmat dan lindungan-Nya, Ya Allah.

Sebelum itu, menyembah maklum lawatan penanda aras ke Wilayah Aichi dan Gifu, Jepun yang diatur bagi meneliti model pembangunan industri seramik bertaraf dunia yang menggabungkan warisan kraftangan, inovasi teknologi, pendidikan seni serta pembangunan ekonomi kreatif.

Wilayah tersebut menempatkan beberapa pusat seramik bersejarah yang merupakan antara pusat pengeluaran seramik tertua dan paling berpengaruh di Jepun.

Insya-Allah, hasil lawatan ini akan menyumbang kepada pembangunan Tengku Permaisuri Selangor Ceramic Hub (TPS Ceramic Hub) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dirancang sebagai sebuah pusat kecemerlangan seramik.

Selangor Royal Office

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير ‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Sumbangan Tabung Endowmen UiTM dan lawatan penanda aras pembangunan industri seramik

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook),

Coverage

Selangor, Malaysia, Aichi dan Gifu, Jepun

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18N3wDoSGF/

Files

Sumbangan Diraja (1).jpg
Sumbangan Diraja (2).jpg
Sumbangan Diraja (3).jpg
Sumbangan Diraja (4).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menjunjung Kasih Sumbangan DYMM Tengku Permaisuri Selangor kepada Tabung Endowmen UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1989.

Output Formats