Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kampus Pintar UiTM sebagai Projek Perintis Nasional
Title
Subject
Description

Khamis, 5 Februari 2026, Terima kasih YB Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, kerana sudi meluangkan masa menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Eksklusif bersama anak syarikat UiTM Holdings Sdn. Bhd., Neura Sdn. Bhd. dan Colla Connecting Edge Sdn. Bhd. yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur, sempena inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk membangunkan model kampus pintar dan terangkai sebelum diperluaskan ke seluruh IPTA.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dipilih sebagai projek perintis nasional ini.
Kerjasama strategik ini memberi tumpuan kepada pembangunan ekosistem kampus pintar berasaskan tiga teras utama, iaitu infrastruktur telekomunikasi, rangkaian berprestasi tinggi, serta kandungan IoT yang diperkasakan dengan kecerdasan buatan (AI). Pendekatan bersepadu ini bertujuan meningkatkan kecekapan operasi, keselamatan, dan perkhidmatan digital kampus.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd. Khamil Jamil, Pengerusi UiTM, serta Dato’ Mohd. Shukrie Mohd. Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UiTM Holdings Sdn. Bhd., bersama barisan pengurusan tertinggi universiti dan rakan industri.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا