Hebahan : Kelebihan Sepuluh Hari Awal Zulhijjah
Title
Subject
Description

Zulhijjah menjenguk lagi, bulan akhir dalam tahun hijrah yang banyak kelebihannya bukan sahaja kerana ibadah Haji, Hari Arafah, Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban, tetapi kelebihan 10 hari awal Zulhijjah.
Antara hadis sahih yang masyhur tentang kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah ialah:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ:
«مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ»
يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ.
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟
قَالَ:
«وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ»
Daripada Ibn Abbas RA, Nabi ﷺ bersabda:
“Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini,” iaitu 10 hari (awal Zulhijjah).
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, tidak juga jihad pada jalan Allah?”
Baginda bersabda:
“Tidak juga jihad pada jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang keluar berjihad dengan diri dan hartanya lalu tidak kembali lagi dengan sesuatu apa pun.”
(Riwayat Sahih al-Bukhari, no. 969)
فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
“Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid pada hari-hari tersebut.”
(Riwayat Musnad Ahmad)
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi waktu fajar, dan demi malam yang sepuluh.”
(Al-Fajr: 1–2)
Ramai ulama tafsir menyatakan “malam yang sepuluh” merujuk kepada 10 malam pertama Zulhijjah.
Semoga Allah rezkikan kita untuk berbuat sebaik amal sebelum tahun hijrah 1447H berakhir, amin
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا