Tazkirah Jumaat : Bersangka Baik dan Melihat dari Sudut Pandang yang Benar

Title

Tazkirah Jumaat : Bersangka Baik dan Melihat dari Sudut Pandang yang Benar

Subject

Bersangka Baik, Prasangka, Surah Al-Hujurat, Hadis Rasulullah SAW, Nilai Kepercayaan, Pendidikan Akhlak, Perspektif Kehidupan, Penghayatan Islam

Description



Salam Jumaat… Jumaat akhir Zulkaedah 1447H

Sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan prasangka itu adalah sedusta-dusta percakapan...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Al Hujurat 12)

Dari sudut pandang yang benar, gambar menunjukkan simbol sejagat kasih sayang dan perlindungan ibu. Ibu Singa walaupun merupakan pemangsa, memegang anaknya dengan kelembutan yang luar biasa. Cara memegang anak di lehernya, tempat yang sama di mana pemangsa biasanya menyerang untuk membunuh, menjadi bukti betapa teliti dan lembutnya si Ibu dalam melindungi anaknya dengan penuh kasih.

Dari sudut yang positif, gambar ini juga mengajar kita tentang nilai kepercayaan dalam sesuatu hubungan. Anak singa membenarkan dirinya digigit, digendong dan dibawa dengan penuh kepercayaan kepada sang Ibu.

Dengan tenang, penuh percaya, menunjukkan bahawa ia tidak merasa terancam, melainkan selamat dan santai dalam jagaan ibunya.

Kekuasaan atau kekuatan fizikal tidak bermakna tiada hikmah atau ketiadaan kelembutan. Sang Ibu Singa adalah haiwan yang gagah, tetapi keupayaannya untuk menjadi selembut itu adalah satu pengajaran penting tentang bagaimana kekuasaan dan kekuatan harus diseimbangkan dengan hikmah dan kelembutan, terutama dalam melindungi mereka yang lemah.

Terpaling utama adalah mengajar kita tentang nilai melihat sesuatu dari sudut pandang yang pelbagai untuk mendapatkan pemahaman yang lebih kaya dan makna yang tepat. Terkadang mempunyai lebih dari dua sudut dan sisi yang pelbagai.

Setiap sudut mendedahkan aspek berbeza dan akan terhasil kesimpulan yang terkadang bercanggah dari hakikat sebenar, dari seekor ibu singa yang penyayang, pelindung, dan tegas, kepada seekor ibu singa yang culas, tidak kasih, malah menzalim anaknya sendiri…kemudian mencari pula salah dan cacat yang lain, yang pasti ada, atas sifat makhluk yang tidak sempurna, akhirnya usaha menyelamat memindah anak oleh si Ibu dilihat membahayakan, akhir memungkin si Ibu dipisah dari anak yang cuba dilindung… asal mula dari sudut pandang yang salah…

Maka, janganlah cepat menghukum membuat kesimpulan… Ilmu adalah penyuluh, prasangka itu merosakkan, maka bersangka baiklah dalam hazar dan berhati-hati, tahu membeza antara keperluan bersabar dan tidak membuang masa.

Telah di Firman Allah dalam ayat tadi juga dipesan oleh kekasih agung, Nabi SAW untuk kita sama-sama beringat:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال:

إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ، فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ، وَلَا تَجَسَّسُوا، وَلَا تَحَسَّسُوا، وَلَا تَنَافَسُوا، وَلَا تَحَاسَدُوا، وَلَا تَبَاغَضُوا، وَلَا تَدَابَرُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Jauhilah prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta percakapan. Jangan kamu mengintip, jangan mencari-cari keburukan orang, jangan bersaing secara tidak sihat, jangan dengki-mendengki, jangan benci-membenci, dan jangan bermusuh-musuhan. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

(Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim)

Terkadang kita sampai sanggup bersumpah dengan nama Tuhan atas sesuatu penyaksian, wal hal penyaksian kita itu adalah dari sudut pandang yang memberi gambaran yang salah terhadap sesuatu kejadian yang kita tidak terlihat akan hakikat sebenarnya. Selagi kita melihat, maka ujian kehidupan ini akan berterusan, oleh itu didiklah jiwa dan mohonlah petunjuk dengan ikhlas sekurang-kurangnya 17 kali sehari…

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Semoga Allah merezekikan kita melihat dari sudut pandang yang benar!

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

"Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami (kekuatan) untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami (kekuatan) untuk menjauhinya."

Allahumma Amin

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran berbentuk perkongsian keagamaan dan penghayatan nilai Islam yang menekankan kepentingan bersangka baik, menjauhi prasangka, memahami sesuatu perkara daripada pelbagai sudut pandang serta mengambil pengajaran daripada ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Language

Malay, Arabic (Quran Verses,Hadith Text & Jawi Script)

Type

Social Media Posting (Facebook), Religious Reflection

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18aH6mfR7V/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Tazkirah Jumaat : Bersangka Baik dan Melihat dari Sudut Pandang yang Benar,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2144.

Output Formats