Inovasi Kecerdasan Buatan Institusi Pengajian Tinggi Awam Unggul dalam Anugerah AI Program Amazon Web Services Malaysia
Title
Subject
Description

INOVASI AI IPTA UNGGUL DALAM ANUGERAH AI PROGRAM AMAZON WEB SERVICES MALAYSIA
UiTM, UniMAP dan UTHM terus mengharumkan nama negara dalam agenda pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) apabila inovasi ciptaan pelajar universiti tersebut berjaya meraih Anugerah AI Program CendekiAwan Malaysia, sebuah inisiatif pembangunan bakat digital anjuran Amazon Web Services (AWS).
Lima pelajar cemerlang telah diiktiraf atas kejayaan membangunkan solusi berasaskan AI bagi menangani pelbagai cabaran kritikal merangkumi aspek sosial, pendidikan, kewangan, kesihatan dan kelestarian alam sekitar:
- GovTech & Impak Sosial
- Siti Aisyah Abdul Azis (UiTM) menerusi inovasi CareerAdvisor;
- Pendidikan Pintar
- Amir Fahmi Jasni (UniMAP) menerusi inovasi ThinkPath;
- Rangkuman Kewangan & Pemerkasaan PKS
- Nik Hannan Qistina Zulkifli (UiTM) menerusi inovasi CashSmart Campus;
- Kesihatan Digital
- Muhammad Fadlan Mairuzsazali (UniMAP) menerusi inovasi iSihat+; dan
- Alam Sekitar & Iklim Lestari
- Ang Ke Sin (UTHM) menerusi inovasi KitarSemula AI.
Pencapaian ini membuktikan keupayaan pelajar IPTA Malaysia dalam menguasai teknologi 'Generative AI' dan pengkomputeran awan untuk menghasilkan penyelesaian inovatif berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan negara ke arah ekonomi digital masa depan serta agenda pembangunan mampan global.