Perkongsian Hebahan Makluman : Charlie Jangan Dipukul Jika Hinggap pada Kulit
Title
Perkongsian Hebahan Makluman : Charlie Jangan Dipukul Jika Hinggap pada Kulit
Subject
Serangga Charlie, Rove Beetle, Kesihatan Kulit, Pencegahan Ruam Kulit, Toksin Serangga, Kesedaran Kesihatan Awam, Keselamatan Diri
Description

Charlie jangan dipukul. Kalau dia hinggap atas kulit, tiup dulu.
Serangga Charlie atau rove beetle bukan serangga yang patut kita tampar macam nyamuk.
Masalahnya bukan semata-mata gigitan. Masalahnya ialah toksin pada badannya yang boleh menyebabkan kulit jadi merah, pedih, panas, gatal dan melepuh bila ia terlenyek atau tergosok pada kulit.
Sebab itu kalau nampak Charlie atas tangan, leher, muka atau badan, jangan panik. Jangan pukul. Jangan sapu dengan tangan. Tiup perlahan-lahan sampai ia jatuh, kemudian cuci kawasan kulit dengan air dan sabun.
Kalau Charlie ada atas baju, dinding, lantai atau meja, boleh gunakan selotape, kertas atau tisu tebal untuk angkat perlahan-lahan. Tapi jangan tekan kuat sampai serangga itu pecah. Selotape bukan untuk tampal atas kulit, tapi untuk ambil serangga yang ada pada permukaan dengan lebih selamat.
Kalau kulit sudah mula pedih, merah atau melepuh, elakkan menggaru. Jangan sapu ubat sembarangan. Dapatkan nasihat di klinik jika ruam makin teruk, dekat mata, merebak atau sakit sangat.
Kadang-kadang yang buat kulit luka bukan sebab serangga itu menyerang. Tapi sebab kita panik, terus pukul, dan toksinnya terkena kulit sendiri.
#PublicHealthMalaysia #Charlie #RoveBeetle #KesihatanKulit
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Public Health Malaysia
Date
Relation
Berkaitan pendidikan kesihatan awam bagi mengendalikan serangan serangga Charlie yang dikongsikan oleh Page Public Health Malaysia
Language
Malay, English
Type
Social Media Posting (Facebook), Health Awareness Poster Campaign
Coverage
Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1BHz9vsYaT/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hebahan Makluman : Charlie Jangan Dipukul Jika Hinggap pada Kulit,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2146.