[ Poster] Hebahan : Memahami Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Title

[ Poster] Hebahan : Memahami Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Subject

Attention Deficit Hyperactivity Disorder, Gangguan Perkembangan Saraf, Kurang Tumpuan, Hiperaktif, Impulsif, Kesedaran Kesihatan Mental, Neurodiversiti, Disleksia

Description


Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD ialah gangguan perkembangan saraf (neurodevelopmental disorder) yang mempengaruhi perhatian, kawalan impuls, dan tahap aktiviti seseorang. ADHD boleh berlaku pada kanak-kanak, remaja, dan juga orang dewasa.

Antara tanda-tanda ADHD kurang tumpuan, sukar fokus lama pada kerja atau pelajaran, nampak seperti “tidak mendengar” bila orang bercakap dan sukar mengurus masa. Juga hiperaktif, tidak boleh duduk diam lama, suka memotong percakapan orang, dan kanak-kanak mungkin suka berlari atau memanjat tanpa henti. Tanda lain juga impulsif, bertindak tanpa fikir panjang dan tidak sabar menunggu giliran.

ADHD bila dewasa kadang-kadang nampak berbeza menjadi prokrastinasi kronik, sukar fokus dalam mesyuarat atau membaca panjang dan banyak idea tetapi sukar menyiapkan sesuatu.

ADHD bukan bermaksud malas, lembab, lembam atau kurang bijak, ramai individu ADHD sebenarnya, kreatif, cepat berfikir, berenergi tinggi dan mempunyai daya imaginasi baik.

Tetapi mereka mungkin perlukan strategi pembelajaran berbeza, rutin, atau rawatan yang sesuai.

Setiap yang dilihat kekurangan, Allah yang Maha Pemurah akan merezekikan kelebihan. Mensyukuri nikmat kehidupan walau kami menjalani kehidupan dengan dyslexia. Alhamdulillah.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad

#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Public Health Malaysia

Date

Relation

Berkaitan perkongsian hantaran kesedaran ini menjelaskan impak ADHD terhadap tumpuan dan kawalan impuls individu.

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Health Awareness Poster Campaign

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1ESjUw6ye8/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “[ Poster] Hebahan : Memahami Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2152.

Output Formats