Sekitar Lawatan ke Far Eastern Federal University (FEFU) dan Pengukuhan Kerjasama Pendidikan Tinggi Malaysia–Rusia
Title
Sekitar Lawatan ke Far Eastern Federal University (FEFU) dan Pengukuhan Kerjasama Pendidikan Tinggi Malaysia–Rusia
Subject
Far Eastern Federal University, FEFU, UiTM, Vladivostok, Russky Island, Kerjasama Malaysia-Rusia, Pendidikan Tinggi, Penyelidikan, Inovasi, Rakan Industri, Advanced Engineering School, Kecerdasan Buatan, Teknologi Digital, Advanced Manufacturing, Perubatan, Bioperubatan, Hospital As Sultan Abdullah UiTM, JC-ESTC Ke-5, Kerjasama Antarabangsa, Seni UiTM
Description

Meneruskan perbincangan dan lawatan ke Far Eastern Federal University (FEFU) yang merupakan antara institusi pendidikan tinggi utama di wilayah Vladivostok, Rusia.
FEFU bersama UiTM sedang memuktamadkan kerjasama pendidikan, penyelidikan, inovasi dan rakan industri.
Rombongan dibawa melawat kampus FEFU di Russky Island, Vladivostok, dan melihat kemudahan serta ekosistem pembelajaran dan penyelidikan yang dibangunkan di universiti ini.
Antara yang menarik ialah lawatan ke Advanced Engineering School, yang memberi tumpuan kepada bidang seperti bioteknologi, biokejuruteraan, teknologi makanan, kecerdasan buatan, teknologi digital dan advanced manufacturing. Bidang-bidang inilah yang akan kita pertimbangkan untuk bidang kerjasama. Pusat ini merupakan satu-satunya Advanced Engineering School di Timur Jauh Rusia dalam pengkhususan bioteknologi yang mendapat status peringkat persekutuan.
Selepas itu kami dibawa melawat kemudahan perubatan dan bioperubatan di Fakulti Perubatan FEFU yang membuka ruang luas untuk kerjasama dalam pendidikan, penyelidikan dan inovasi. Ini membuka ruang luas potensi kerjasama antara Fakulti Perubatan dan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.
Insya-Allah, hubungan pendidikan tinggi Malaysia–Rusia akan diperkukuh melalui kerjasama yang lebih erat antara universiti, penyelidik dan industri kedua-dua negara.
Sebelah malam, TYT Valery Falkov, Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Persekutuan Rusia telah menjadi hos majlis makan malam sempena Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia–Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan (JC-ESTC) Ke-5. Turut dipersembahkan persembahan kebudayaan Rusia kepada para tetamu.
Alhamdulillah, UiTM turut menyumbang hasil ciptaan seni bertema “Sweet Memory” sebagai hadiah cenderahati daripada YBM KPT kepada TYT Valery Falkov. Satu bentuk pengiktirafan hasil seni UiTM bertaraf dunia.
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran berkaitan lawatan rasmi Rombongan UiTM dan Kementerian Pendidikan Tinggi ke Far Eastern Federal University (FEFU) di Vladivostok
Format
Digital Text, JPEG/PNG Image
Language
Malay, English
Type
Social Media Posting (Facebook), International Cooperation/ Collaboration Update
Coverage
- Vladivostok, Russian Federation
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1Bi7shyzJn/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Sekitar Lawatan ke Far Eastern Federal University (FEFU) dan Pengukuhan Kerjasama Pendidikan Tinggi Malaysia–Rusia,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2327.