Sejarah UiTM Kampus Jalan Othman dan perkembangan awal institusi
Title
Sejarah UiTM Kampus Jalan Othman dan perkembangan awal institusi
Subject
Sejarah institusi, evolusi UiTM dan pembangunan pendidikan Bumiputera
Description

Salam Jumaat 23 Ramadan.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jalan Othman di Jalan Othman mempunyai sejarah penting dalam kewujudan UiTM kerana ia merupakan lokasi awal perkembangan institusi keramat yang akhirnya menjadi UiTM hari ini.
Sejarahnya bermula pada 1950 apabila tertubuhnya Rural and Industrial Development Authority (RIDA) bagi membantu pembangunan ekonomi orang Melayu waktu itu.
Di bawah RIDA, pada tahun 1956, sebuah pusat latihan ditubuhkan iaitu Dewan Latehan RIDA (RIDA Training Centre). Pusat latihan ini beroperasi di Jalan Othman, Petaling Jaya dan menawarkan kursus antaranya:
• perakaunan asas
• perdagangan
• pentadbiran
• kemahiran perniagaan
Tujuannya hanya satu iaitu melatih golongan bumiputera supaya mampu terlibat dalam sektor ekonomi moden.
Pusat latihan RIDA dinaik taraf menjadi Maktab MARA pada tahun 1965. Kemudiannya Pada 1 Mac 1966, kerajaan di bawah kepimpinan TPM Almarhum Tun Razak, secara rasmi RIDA ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperluas peranan agensi ini dengan memberi lebih banyak pembiayaan, latihan dan pendidikan kepada Bumiputera.
Di bawah MARA, pusat latihan RIDA dinaik taraf dari Maktab MARA menjadi Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1967, Pengarah pertamanya, Almarhum Tun Arshad Ayub. ITM kemudian terus berkembang dan menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam tahun 1999.
7 Dekat evolusi UiTM !
7 Dekat evolusi UiTM !
Sempat meninjau baikpulih yang sedang giat dilaksanakan di Blok A, UiTM Jalan Othman, semoga semuanya dipermudahkan dan dalam jadual untuk siap hujung tahun ini InsyaAllah. Selepas itu singgah pula ke Kampus Beringin melihat sendiri keadaan kampus tersebut dalam mengoptimumkan seluruh kampus UiTM.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Format
Digital Text, JPEG Iamge
Language
Malay, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting (Facebook), Evolution History Of UiTM
Coverage
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/17zAWF8HKV/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Sejarah UiTM Kampus Jalan Othman dan perkembangan awal institusi,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 10, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1993.