Perkongsian Hantaran : Penyempurnaan Penempatan 100 Kerusi Batu Wakaf Ilmu UiTM
Title
Perkongsian Hantaran : Penyempurnaan Penempatan 100 Kerusi Batu Wakaf Ilmu UiTM
Subject
Penempatan Kerusi Batu Wakaf Ilmu UiTM dan Inisiatif Sumbangan Wakaf Tunai
Description

SHAH ALAM, 13 Mac: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Bin Sahib @ Sahibuddin selamat menyempurnakan penempatan 100 Kerusi Batu Wakaf Ilmu UiTM tengah hari ini.
Majlis penyempurnaan oleh Datuk NC yang juga Pengerusi Tabung Amanah Wakaf UiTM tersebut berlangsung di hadapan pejabat Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF), aras bawah Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.
Menurut Pengarah ZAWAF Prof Madya Dr. Najahudin Lateh, sebanyak 100 unit kerusi batu telah ditempatkan di seluruh UiTM Shah Alam dan UiTM Selangor sejak 1 Ramadhan 1447 lepas.
Penempatan tersebut adalah fasa pertama sebelum diperluaskan ke seluruh sistem UiTM, dengan pembeliannya menggunakan Dana Wakaf Ilmu UiTM yang disumbangkan oleh pelbagai pihak.
Menurut beliau, warga UiTM boleh bersama-sama membuat sumbangan wakaf tunai tersebut termasuklah secara potongan gaji melalui sistem FINePortal Jabatan Bendahari UiTM.
Untuk rekod, sumbangan kerusi batu tersebut adalah salah satu daripada lima projek wakaf yang telah diluluskan pada tahun 2025 - selain dua buah van jenazah, sebuah van OKU, 40 unit penapis air untuk kolej dan fakulti serta dua unit mesin oksigen untuk Pusat Kesihatan UiTM.
Turut hadir dalam majlis ringkas selepas solat Jumaat tersebut ialah Profesor Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (HEP) merangkap Timbalan Pengerusi tabung, Profesor Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) dan En. Mohd Hafiz Bahari, Pengurus Bahagian Korporat Perbadanan Wakaf Selangor.
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM - Media FB Rasmi
Date
Relation
Majlis Penempatan Kerusi Batu Wakaf Ilmu UiTM oleh Naib Canselor
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay
Type
Social Media Posting (Facebook); Activity Update
Coverage
Universiti Tekonologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1L2wYFSogV/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hantaran : Penyempurnaan Penempatan 100 Kerusi Batu Wakaf Ilmu UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1999.