Lawatan Tapak Projek Placemaking Denai Hijau @ Lengkok Golf SS7 di bawah Gagasan Rumpun Selangor 2026
Title
Subject
Description

Pagi tadi sebelum menghadiri raptai konvokesyen, memenuhi jemputan ke Program Lawatan Tapak Projek Angkat Gagasan Rumpun Selangor 2026 (GRS 2.0), Projek Placemaking Denai Hijau @ Lengkok Golf SS7.
Pelaksanaan Projek Placemaking Denai Hijau @ Lengkok Golf, SS7 adalah hasil kerjasama UiTM bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 22 November 2025.
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini telah berkenan berangkat melawat di sekitar tapak projek.
Menjunjung Kasih Tuanku
Sempat juga menyantuni ketua masyarakat setempat. Semoga denai ini menjadi kawasan rekreasi serba hijau dan lestari untuk kegunaan penduduk setempat.
UiTM memberi komitmen untuk mengesani dan memberi impak kepada masyarakat Selangor.
Tahniah kepada Dekan dan warga Fakulti Alam Bina atas usaha murni ini!
Universiti Unggul Pemacu Bumiputra Profesional