Ucapan Takziah : Pemergian Profesor Dr. Ishak bin Aris

Title

Ucapan Takziah : Pemergian Profesor Dr. Ishak bin Aris

Subject

Ucapan Takziah, Pemergian Tokoh Akademik, Profesor Dr. Ishak bin Aris, Fakulti Kejuruteraan UPM

Description



Awal pagi ini menerima berita sedih, perginya seorang sahabat baik. Kami sama-sama memulakan kerjaya di PPKEE, Universiti Sains Malaysia (USM). Allahyarham beria-ia mahu ke Melaka memenuhi jemputan kami Sabtu lalu.

Alhamdulillah, sempat bergambar dan direzekikan juga untuk melawat beliau di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) semalam.

Kami bersaksi bahawa arwah sememangnya seorang yang baik dan sentiasa ceria. Insya-Allah sahabat, kami semua pasti menyusul.

Allahyarham Profesor Dr. Ishak bin Aris, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah kembali ke Rahmatullah pada 04 Januari 2026, bersamaan 14 Rejab 1447H.

Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada isteri serta seluruh ahli keluarga dalam menghadapi saat-saat yang penuh hiba ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin 

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#UiTM2030
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Ucapan Takziah Kehilangan Seorang Sahabat

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Post (Facebook); Condolence Posting

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1AZUofLWaZ/

Files

Pemergian Seorang Sahabat (1).jpg
Pemergian Seorang Sahabat (2).jpg
Pemergian Seorang Sahabat (3).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Ucapan Takziah : Pemergian Profesor Dr. Ishak bin Aris,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 19, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1877.

Output Formats