Kunjungan Hormat ke Kediaman Toh Puan Zaleha Mohd Arshad

Title

Kunjungan Hormat ke Kediaman Toh Puan Zaleha Mohd Arshad

Subject

Tun Dr. Arshad Ayub, Toh Puan Zaleha Mohd Arshad, Universiti Teknologi MARA, Institut Teknologi MARA, Tokoh Pendidikan Negara, Kunjung Hormat

Description


Alhamdulillah, istimewa pada petang 1 Zulhijjah 1447H, direzkikan membuat kunjung hormat ke rumah Bonda Toh Puan Zaleha Mohd Arshad, isteri kepada tokoh pendidikan negara, Allahyarham Tun Dr. Arshad Ayub, nama yang sinonim dengan ITM dan UiTM.

Terima kasih Bonda Toh Puan atas luangan masa dan melayan rombongan kami dengan penuh mesra seperti keluarga yang rapat.

Mengambil peluang untuk berkongsi kepada Bonda Toh Puan tentang ikhtiar terkini yang sedang diusahakan oleh UiTM untuk memahat padu nama Allahyarham Tun Dr. Arshad Ayub di kampus UiTM.

UiTM sebelum ini sudahpun membuat cadangan di tapak Kolej Jati, kini kita membawa dua lagi cadangan termasuk Kampus Jalan Othman di mana arwah Tun banyak berjasa memulakan ITM. Semoga usaha ini dapat disempurnakan dan mendapat restu dan kelulusan dari pihak berkuasa InsyaAllah.

Dalam berbual mesra, Bonda Toh Puan bercerita waktu “courting” bersama Arwah Tun, ayahanda Toh Puan bernama Mohd Arshad dan Arwah Tun juga Arshad, jadi waktu bernikah, diserah dari Arshad kepada Arshad, kami tumpang menyampuk, moyang kami juga namanya Arshad.

Terima kasih Bonda Toh Puan, dapat bekal pula untuk berbuka semalam, Alhamdulillah.

Turut hadir Datuk Razak dari Yayasan Budiman, guru kami Prof Habibah, TNC Pembangunan, TNC ICAN, Ketua Pustakawan dan sahabat keluarga rapat yang semuanya pesara UiTM.

Terima Kasih Datuk Razak yang telah “memaksa” kami untuk menziarah Toh Puan, Prof. Bib dan yang lain membantu.

Semoga Bonda Toh Puan Zaleha terus ceria, direzkikan kesihatan, keberkatan dan kebahagian hidup dunia akhirat, amin.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Perkongsian ini berkaitan kunjung hormat ke kediaman Toh Puan Zaleha Mohd Arshad bagi membincangkan usaha UiTM memperingati serta mengabadikan legasi dan jasa Allahyarham Tun Dr. Arshad Ayub di kampus universitI

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting ( Facebook), Institutional Activity Update

Coverage

Shah Alam, SelangorDarul Ehsan , Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1EPTi2ft26/

Files

Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (1).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (2).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (3).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (4).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (5).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (6).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (7).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (8).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (9).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (10).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (11).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (12).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (13).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (14).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (15).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (16).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (17).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (18).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (19).jpg
Kunjungan Hormat Ke Rumah Toh Puan Zaleha Mohd Arshad (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kunjungan Hormat ke Kediaman Toh Puan Zaleha Mohd Arshad,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 12, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2157.

Output Formats

Geolocation