Perbincangan Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Mengenai Garis Panduan Aktiviti Mahasiswa
Title
Subject
Description

Tahniah atas kepimpinan MPP yang diketuai oleh Saudara Mohamad Adib Hazim Mohamad Razali, Yang Dipertua MPP UiTM Shah Alam, kerana memberi cadangan dan maklumbalas konstruktif untuk penyelesaian terhadap pekeliling pentadbiran kepada semua Ketua Pusat Tanggungjawab mengenai garis panduan arahan penjimatan dan kawalan perbelanjaan awam UiTM yang telah mengesan aktiviti pembangunan mahasiswa.
InsyaAllah pihak pengurusan sememangnya cakna akan tanggungjawab dan keperluan mahasiswa yang kami sendiri istilahkan sudah dalam kategori daruriyyat, keperluan kritikal dan hajiyyat. Semoga model kewangan yang lestari dapat kita realisasikan dengan keterlibatan semua.
Syabas juga kerana MPP yang sememangnya cakna akan situasi geopolitik dunia yang sedang berlaku dan arahan penjimatan yang telah dikeluarkan oleh pihak MOF dan KPT yang mengesan langsung kepada UiTM sebagai universiti awam terbesar negara.
Alhamdulillah, akhirnya dalam perbincangan mesra, kita menerima kata sepakat untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi dengan garis panduan khusus untuk pengurusan aktiviti mahasiswa dengan konsep pusat sehenti untuk memendekkan masa dan mengurangkan birokrasi, dengan kawalan di peringkat HEP dan seluruh Cawangan.
InsyaAllah satu garis panduan khusus akan dikeluarkan segera setelah pihak HEP dan MPP sama-sama bersetuju tentang perincian garis panduan aktiviti mahasiswa tersebut.
MPP adalah suara Mahasiswa yang sah dengan perwakilan yang dipilih oleh seluruh Mahasiswa, maka salurkan semua permasalahan anda melalui MPP untuk ianya diselesaikan dengan muafakat penuh hikmat, InsyaAllah.
Terima kasih Bendahari UiTM dan wakil HEP yang telah hadir sama memudahkan perbincangan dan persefahaman.
Terima kasih kepada semua anakanda kepimpinan MPP yang komited dalam menjalankan amanah mereka. Semoga usaha anda diberkati Allah dan diganjarkan kejayaan dalam pelajaran dan kebahagiaan kehidupan dunia akhirat, amin.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional