Menyantuni Warga Universiti Teknologi MARA yang terpilih ke FIFG FootGolf World Championship 2026
Title
Subject
Description

Menyantuni warga UiTM yang terpilih mewakili negara ke FIFG FootGolf World Championship 2026 yang bakal berlangsung di Acapulco, Mexico. Acara dijangka akan disertai lebih 1200 orang pemain dari 60 buah negara. Sempat berkongsi tips bermusafir ke negara jauh sepertinya Mexico.
Sempat berjenaka, kami kata mereka bakal menghadapi masalah besar di sana, gamam kejap, kami kata orang Mexico akan sangka mereka orang sana, jawabnya “No hablo español”, pengalaman Melayu selalu disangka Chikano di US dulu.
Tahniah kepada Sdr Mohd Nizam Othman, Penolong Pendaftar Kanan, Fakulti Perubatan, Kampus Sungai Buloh, Sdr. Muhammad Syaifullah Bin Norhizan, Pegawai Sukan Kampus Alor Gajah, Melaka dan Sdr Wan Faizal Iskandar Bin Wan Abdullah, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam.
Sempat juga berpesan agar menjaga nama baik UiTM dan Malaysia yang sentiasa dipandang tinggi di mana juga.
Semoga team kita berjaya merangkul pingat InsyaAllah, selamat pergi dan kembali serta dimudahkan semua urusan amin.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Date
Relation
Format
Language
Type
Coverage
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
- Acapulco, Mexico