Penghargaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi atas Kunjungan ke Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu
Title
Subject
Description

Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB DSD Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri KPT yang telah menyantuni mahasiswa UiTM Cawangan Terengganu.
Kehadiran dan kecaknaan YB dengan pengumuman peruntukan tambahan 1.5 juta untuk pembaikan kampus amatlah kami sanjungi dengan ucapan jutaan terima kasih. Ini akan merancakkan lagi usaha baik pulih yang sedang berlangsung.
Terima kasih juga atas titipan nasihat kepada anak-anak UiTM memperkukuh jati diri mereka dalam menjadi profesional Bumiputera untuk kelangsungan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.
Terima kasih juga kepada YBhg Datuk KP yang telah hadir sama. Pengurusan UiTM telah diwakili TNC HEP, Rektor dan JKEN Terengganu, terima kasih semua.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا@