Makluman : Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-104 Sidang 22 dan Penghayatan Ibadah Korban
Title
Subject
Description

Pagi ini Rabu 20 Mei 2026, meneruskan amanah mempengerusikan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 (Sidang 22) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.
Alhamdulillah, sudahpun 3 Zulhijjah 1447H, musim haji dan korban, bagi yang berkorban dan nak ambik “feel” bersama dengan Jamaah Haji, sama-sama kita terus patuhi larangan seperti yang di Sabdakan Nabi ﷺ, daripada Ummu Salamah, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعْرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا
“Apabila masuk 10 hari pertama Zulhijjah dan salah seorang kamu ingin berkorban, maka janganlah dia mengambil (memotong) rambutnya dan kukunya sedikit pun sehingga dia selesai berkorban.”
(Riwayat Sahih Muslim)
Walaupun hanya Makruh mengikut Mazhab Syafie, Sabdaan Nabi adalah “Jangan”, pematuhannya menjadi penting dan bermakna kerana meletakkan diri dalam kawalan untuk tempoh masa sehingga ibadah korban terlaksana menjadi ibadah itu kemuncak dalam pengabdian diri kepada Allah SWT. Ianya Haram mengikut Mazhab Hanbali, juga ada yang terkeliru dikalangan kita, ianya bukannya Sunat tidak memotong, tetapi Makruh memotong kuku atau rambut.
Walaupun ia tidak sehebat jemaah yang memilih untuk melaksanakan haji Ifrad yang perlu menjaga 13 larangan Ihram yang biasanya lebih dari 10 hari sehingga bertahallul, pematuhan 2 dari larangan itu untuk yang berkorban, InsyaAllah tetap mengesan menyuci jiwa bagi yang berniat untuk mematuhinya.
Semoga Allah merezkikan kita untuk beramal sebaiknya di 10 hari awal Zulhijjah, memudahkan semua urusan dan menerima amal korban kita nanti, InsyaAllah, amin
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا