Menghadiri Program Malaysia–Uzbekistan Edu-Cultural Day di UTeM
Title
Subject
Description

Pagi Rabu, 8 April, memenuhi jemputan Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM ke perasmian program Malaysia–Uzbekistan Edu-Cultural Day @UTeM dengan tema “Exploring the Silk Road of Knowledge: Edu-Cultural Malaysian – Uzbekistan Day” yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Tun Canselor UTeM.
Alhamdulillah, berkesempatan menyantuni Naib Canselor, barisan pengurusan serta rakan-rakan UTeM yang telah lama tidak ditemui sambil bertukar ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
UiTM turut terlibat dalam menerima kunjungan delegasi dari Uzbekistan, iaitu Namangan State Technical University (NSTU) yang diketuai oleh Prof. Oybek Karimovich Ergashev, Rektor NSTU. UiTM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Norazah, bertempat di UiTM Global.
Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua institusi serta meneroka potensi kolaborasi dalam bidang seperti Kejuruteraan Tenaga, Geodesi dan Geomatik, serta Sistem Maklumat Geografi (GIS).
Insya-Allah, semoga segala usaha ini dapat terus melonjakkan kecemerlangan UiTM di persada dunia.
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير