Majlis Pertukaran MoU dan MoA Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM bersama beberapa pihak mewakili pihak industri

Title

Majlis Pertukaran MoU dan MoA Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM bersama beberapa pihak mewakili pihak industri

Subject

Kerjasama Industri

Description



Alhamdulillah, selesai majlis pagi tadi. Sempat menunaikan solat Zohor di Pusat Islam, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin.

Menghadiri majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) bersama pihak industri yang diwakili oleh:

  1. Encik Saifullah Mat Nor Ahmad Nor, Ketua Pegawai Eksekutif, Felda Plantation Management Sdn. Bhd.
  2. Encik Mohd Zuhairi Mohammad Sabri, Presiden, Koperasi Alumni Perladangan UiTM Malaysia Berhad
  3. Encik Wong Chee Yaw, Pengurus Besar, Crop Power Sdn. Bhd.
  4. Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Kebuniti Selangor Bhd.
  5. Puan Linda binti Buang, Timbalan Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Isu sekuriti makanan dan kelestarian pertanian merupakan agenda kritikal negara. UiTM, melalui FPA, memikul tanggungjawab besar untuk melahirkan modal insan yang bukan sahaja mahir secara teori, tetapi tangkas, berinovasi dan memahami realiti sebenar industri. Hal ini hanya dapat direalisasikan melalui muafakat bersama semua pemegang taruh.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dekan FPA, Yang Berusaha Prof. Madya Ts. Dr. Shamsiah Abdullah serta seluruh warga FPA atas usaha gigih dalam merealisasikan perancangan ini. Turut hadir Rektor UiTM Cawangan Melaka.

Kepada rakan-rakan industri, diucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan.


Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Majlis Pertukaran MoU dan MoA antara Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM dan Rakan Industri

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), MoU/MoA Signing Event

Coverage

UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin, Melaka, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1J38Y13Fkf/

Files

MoU MoA Signing Ceremony (1).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (2).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (3).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (4).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (5).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (6).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (7).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (8).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (9).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (10).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (11).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (12).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (13).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (14).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (15).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (16).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (17).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (18).jpg
MoU MoA Signing Ceremony (19).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Pertukaran MoU dan MoA Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM bersama beberapa pihak mewakili pihak industri,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 12, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2038.

Output Formats