Pengalaman Bermusafir Bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Title

Pengalaman Bermusafir Bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Subject

Pengalaman kepimpinan diraja, nilai amanah dan hubungan erat Sultan Selangor dengan UiTM

Description



Lima hari bermusafir bersama pasangan Diraja Selangor benar-benar memberi pengalaman yang manis, Alhamdulillah.

Guru-guru kami dahulu sering berpesan, jangan tertipu dengan kepetahan atau kata-kata seseorang insan. Tetapi insan yang sebenar ialah insan yang menunaikan amanah dan menjaga kehormatan orang lain.

Untuk mengenali seseorang insan itu, maka bermusafirlah dengannya. Pandangan ini juga ada dinukilkan oleh Imam Al-Ghazali atas panduan Athar Saidina Umar RA:

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ لِرَجُلٍ زَكَّى رَجُلًا
قَالَ: نَعَمْ.
قَالَ: هَلْ جَاوَرْتَهُ؟
قَالَ: لَا.
قَالَ: هَلْ عَامَلْتَهُ بِالدِّرْهَمِ وَالدِّينَارِ؟
قَالَ: لَا.
قَالَ: هَلْ صَاحَبْتَهُ فِي السَّفَرِ؟
قَالَ: لَا.
قَالَ: مَا أَرَاكَ تَعْرِفُهُ.

Daripada Umar bin al-Khattab RA, bahawa beliau berkata kepada seorang lelaki yang memuji orang lain:
“Adakah kamu benar-benar mengenalinya?”
Lelaki itu menjawab: “Ya.”
Umar bertanya lagi:
“Adakah kamu pernah berjiran dengannya?”
Jawabnya: “Tidak.”
Umar bertanya:
“Adakah kamu pernah berurusan dengannya dengan dirham dan dinar (jual beli/duit)?”
Jawabnya: “Tidak.”
Umar bertanya lagi:
“Adakah kamu pernah bermusafir bersamanya?”
Jawabnya: “Tidak.”
Lalu Umar berkata:
“Aku lihat kamu sebenarnya belum mengenalinya.”

Alhamdulillah, direzekikan Allah untuk bermusafir bersama Tuanku Sultan Selangor, benar-benar menampakkan sudut pandang peribadi mulia Tuanku Sultan dari dekat.

Walaupun Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor kini ialah Tuanku Canselor kepada Universiti Putra Malaysia, nyata Tuanku Sultan tetap cakna tentang UiTM dan perjuangan yang didokong oleh universiti keramat ini dalam membangun bakat profesional orang Melayu dan Bumiputera.

Untuk berangkat dalam lawatan tempoh hari, Tuanku Sultan telah mencari kembali pin logo UiTM yang Baginda tempah khas di London sewaktu Baginda menjadi Raja Muda Selangor dan Pro-Canselor UiTM pada waktu itu, dan pin logo UiTM tersebut tidak lekang dari lapel kot Baginda Tuanku setiap kali membuat lawatan.

Menjunjung kasih Tuanku yang sentiasa meletakkan UiTM dekat di hati Tuanku.

Sememangnya Tuanku sangat luas pengalamannya, pernah berlayar dengan perahu layar dengan kru yang minimum. Sangat luas juga ilmunya kerana Tuanku pantang melihat buku atau rak buku, pasti akan Tuanku dekati dan mula membelek satu persatu. Jika ada yang berkenan, pasti juga akan dibeli untuk dibaca lanjut. Tuanku membuat bacaan awal sebagai persediaan bagi setiap tempat yang dilawati, dan ketika lawatan pasti bertanya soalan yang kadangkala sukar dan mencabar untuk dijawab.

Ampun Tuanku, jika cerap patik ini tidak tepat, mohon diampun. Patik menjunjung tinggi kesudian Duli Tuanku berkenan untuk sama berangkat bersama kumpulan penyelidik UiTM dalam lawatan menanda aras penubuhan TPS Ceramic Center UiTM tempoh hari. Menjunjung kasih Tuanku.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Pengalaman bermusafir bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam lawatan penanda aras penubuhan TPS Ceramic Center UiTM

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Hadith & Jawi Script)

Type

Social Media Posting (Facebook), Self - Reflection

Coverage

Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1CA5d1oBrX/

Files

Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (1).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (2).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (3).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (4).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (5).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (6).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (7).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (8).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (9).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (10).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (11).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (12).jpg
Pengalaman Bermusafir Bersama DYMM Sultan Selangor (13).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Pengalaman Bermusafir Bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 11, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2043.

Output Formats