Menghadiri The 4th Meeting of The Joint Malaysia–Russia Commission for Economic, Scientific, Technical and Cultural Cooperation di Langkawi
Title
Subject
Description

Alhamdulillah pagi ini 11 November, menghadiri The 4th Meeting of The Joint Malaysia–Russia Commission for Economic, Scientific, Technical and Cultural Cooperation bertempat di Langkawi International Convention Centre, dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. Malam tadi menghadiri juga mesyuarat precouncil yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.
UiTM menjalin kerjasama dengan Far Eastern Federal University- FEFU yang diwakili President FEFU, Dr. Boris Nikolaevich Korobets dan Dr. Valeriaa. Спасибо.
FEFU dan UiTM telah pun menandatangani dokumen persefahaman pada 5 September lalu dan akan meneruskan kerjasama dalam bidang berikut:
(1) Joint interdisciplinary research in healthcare,
(2) Advanced technologies in medicine,
(3) Joint educational programmes and academic mobility, dan
(4) Joint scientific publications and collaborative grant applications.
Semoga kerjasama antarabangsa ini membawa manfaat kepada UiTM dan FEFU, insyaAllah.
Tahniah YB Menteri Pendidikan Tinggi kerana memimpin perbincangan yang berkesan, memperlihat kepimpinan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Hadir sama Datuk KSU, TKSU, KPPT, KPPKK, Naib Canselor Universiti Awam dan Swasta, serta Pegawai-pegawai Utama pelbagai Kementerian.