Menghadiri Persidangan Public-Private Research Network (PPRN)
Title
Subject
Description

Alhamdulillah, pagi tadi menghadiri Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) yang dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.
Persidangan ini bertujuan untuk:
- Memperkasakan jaringan kerjasama antara akademia dan industri melalui platform PPRN.
- Mengetengahkan impak dan kejayaan pelaksanaan projek PPRN.
- Memadankan keperluan industri dengan kepakaran penyelidik bagi menghasilkan penyelesaian teknologi dan inovasi.
- Menggalakkan pemindahan teknologi dan pengkomersialan hasil penyelidikan untuk meningkatkan daya saing industri negara.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti serta rakan-rakan Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Tahniah kepada Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) serta semua Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam atas penganjuran yang berjaya. Alhamdulillah.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا