Pembentangan Pelaporan Prestasi Universiti Suku Ketiga 2025 di UiTM Shah Alam
Title
Subject
Description

Awal pagi Khamis, 13 November 2025, bertempat di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam, menghadiri Pembentangan Pelaporan Prestasi Universiti Suku Ketiga 2025 untuk seluruh sistem UiTM.
Alhamdulillah, UiTM berada pada landasan pencapaian seperti yang dirancang dengan pencapaian keseluruhan sukuan ketiga. #bagi Skor i-UiTM adalah sebanyak 75.3%. Sebanyak 13 daripada 23 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan 88 daripada 149 Petunjuk Prestasi (PI) telah mencapai 75%. Tahniah kepada semua warga UiTM!
Semua ketua PTj dimohon uruskan sebaiknya pengurusan perubahan warga daripada UiTM2025 kepada UiTM2030 serta melengkapkan roadmap PTj dalam mendokong Halatuju UiTM2030, dengan membuat refleksi, menggabungkan aspirasi dengan kesenjangan serta keperluan capaian impak UiTM2025. Seterusnya, peta dan sejajarkan keperluan dan bidang tujahan PTj dengan Visi, Misi dan Objektif Strategik UiTM 2030.
Memetik petikan ucapan YAB Perdana Menteri dalam Festival of Idea di Putrajaya:
“Banggalah dengan budaya, asal-usul dan keluarga sendiri, kerana di situlah letaknya kekuatan sebenar bangsa.”
Jangan kita menjadi Si Tanggang yang malu dan menafikan asal-usulnya sendiri, kerana kejayaan tanpa akar dan nilai adalah kosong tanpa makna.
Maka, jangan sesekali kita lupa asal-usul perjuangan universiti ini. UiTM wujud daripada denyut nadi bangsa, dibina atas semangat kesetiaan, pengorbanan dan harapan rakyat.
YAB Perdana Menteri turut menegaskan bahawa, walaupun universiti semakin banyak, profesor sudah ribuan, dan perpustakaan penuh dengan buku, namun masih ada segelintir yang terperangkap dalam fikiran kolot, menghina sesama insan kerana warna kulit, kekayaan atau budaya.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا