Majlis Pelancaran Visi, Misi, Falsafah & Objektif Baharu UiTM

Title

Majlis Pelancaran Visi, Misi, Falsafah & Objektif Baharu UiTM

Subject

Visi UiTM, Misi UiTM, Falsafah Universiti, Objektif Strategik, Pembangunan Insaniah, Pendidikan Tinggi, UiTM2030, Transformasi Universiti, Kepimpinan Universiti, GRU2025, Malaysia MADANI

Description



Selesai sesi Pembentangan Pelaporan Prestasi Universiti Suku Ketiga 2025 di Dewan Konsert Seri Budiman, diteruskan dengan Majlis Pelancaran Visi, Misi, Falsafah & Objektif Baharu UiTM yang disempurnakan oleh Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil Bin Jamil, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.

Visi:
“Universiti Unggul, Pemacu Bumiputera Profesional”

Misi:
“Melonjak keilmuan, adab dan kepakaran bumiputera agar berjiwa usahawan melalui kurikulum termaju, pembangunan bakat, penyelidikan berimpak, dan sinergi industri ke arah kemakmuran tanah air serta kesejahteraan sejagat.”

Tiga kekuatan utama Misi:

  • Keilmuan: menekankan kekuatan intelektual dan penyelidikan.

  • Adab: pembentukan karakter, akhlak dan etika.

  • Kepakara: menuntut kemahiran profesional yang diiktiraf global.

Falsafah:
“Kitā percaya Allah SWT menganugerahi manusia dengan bakat, minat dan kecenderungan yang, sekiranya diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui penjanaan, pemindahan dan pengintegrasian ilmu secara terbuka serta penerapan nilai-nilai Islam, mereka berkemampuan menjuarai transformasi diri, masyarakat dan negara.”

Tiga kata kunci pembangunan insaniah: diasuh, dididik, dilatih — membentuk jiwa, menanam ilmu, dan membangunkan kemahiran serta ketangkasan. UiTM bukan sekadar universiti, tetapi tempat anak bangsa datang dengan harapan, pulang dengan maruah; bakat kecil disuburkan menjadi kekuatan besar, amanah sejarah dipikul bersama.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Contributor

Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil Bin Jamil, PTj Heads, UiTM Global Team

Relation

UiTM2030 Transformation, GRU2025 Initiative, Malaysia MADANI, Pembentangan Prestasi Suku Ketiga 2025

Format

Digital Text, JPEG Image

Type

Social Media Post, Institutional Event, University Strategy Presentation

Coverage

Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/16ikfBAkhB/

Files

20251113_Majlis_VMFO_UiTM (1).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (2).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (3).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (4).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (5).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (6).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (7).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (8).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (9).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (10).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (11).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (12).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (13).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (14).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (15).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (16).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (17).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (18).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (19).jpg
20251113_Majlis_VMFO_UiTM (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Pelancaran Visi, Misi, Falsafah & Objektif Baharu UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 7, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1759.

Output Formats