Majlis Pengumuman Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026
Title
Majlis Pengumuman Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026
Subject
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Pemilihan JPP, Demokrasi Kampus, UiTM Shah Alam, Kepimpinan Pelajar, Universiti, Suara Mahasiswa, Malaysia MADANI, #vcuitm7, #GRU2030, #UiTMdiHatiku
Description

Syabas JPJPP/CEC yang diketuai oleh Sdr Aiman dan rakan JK di seluruh sistem UiTM kerana menjalankan proses pemilihan dengan jayanya, telus, dan dengan penuh harmoni tanpa sebarang insiden yang mengganggu kesejahteraan kampus.
Alhamdulillah, demokrasi subur di UiTM dengan 169,762 (72.2%) orang mahasiswa telah turun mengundi. Dari jumlah itu, 22,088 mahasiswa kampus Shah Alam telah mengundi dan tahun ini juga mencatat jumlah calon bertanding teramai. Tahniah kepada setiap pengundi kerana anda adalah warga yang cakna dan telah menunaikan satu amanah besar.
Turut hadir tadi, YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar); Prof. Madya ChM. Dr. Haji Mohammad Noor Jalil, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar; Saudara Mohamad Aiman Izzat M Samueil, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan JPP UiTM Shah Alam; serta Timbalan-Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) dan pengurusan kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Terima kasih TNC HEP, Warga HEP, Rektor-Rektor, TRek HEP, Dekan-Dekan, TD HEP, dan semua yang terlibat! Terima kasih juga kepada anak-anak mahasiswa yang menjadi pemerhati dari UM dan UKM.
Tahniah diucapkan kepada semua calon yang terpilih! Anda adalah Suara Siswasa UiTM yang sah, terpilih, diberi mandat kepercayaan, diiktiraf, dan didengar! Tahniah juga kepada semua anak-anak yang bertanding tetapi tidak terpilih kerana anda juga berjiwa besar!
Semoga semua terus berbakti dan menjadi suara mahasiswa yang berwibawa dalam memperkasakan kepimpinan pelajar UiTM dan mengharumkan nama Universiti keramat ini.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, English, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Post (Facebook), Institutional Activity Record, Event
Coverage
UiTM Shah Alam, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1A4FF7ZnQR/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Pengumuman Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) UiTM Shah Alam Sesi 2025/2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 16, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1762.