Kunjungan Wakil Kepimpinan Pihak Jambatan Kedua Sdn Bhd dan Perbincangan Kerjasama Strategik
Title
Subject
Description

Petang Jumaat 10 April 2026, menerima kunjungan daripada kepimpinan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Dato’ Haji Abdul Malik Abul Kassim, Pengerusi JKSB serta Dato’ Faisal Shahbudin, Ketua Pegawai Eksekutif JKSB dan pengurusan JKSB.
Membincangkan kerjasama dalam bidang Non-Destructive Testing (NDT) serta peluang pembangunan bakat dan penyelidikan bersama. Tahniah kepada Institute of Integrated Engineering and Sustainability Management (IIESM) atas inisiatif ini.
Teruja apabila dimaklumkan bahawa Dato’ Malik merupakan alumni Institut Teknologi MARA (ITM) tahun 1970-an, sezaman dengan Tok Hem dan beberapa tokoh besar alumni UiTM pada era tersebut. Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada semua pihak.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا