Memenuhi Undangan Mesyuarat Tahunan Suruhanjaya Bersama Malaysia-Persekutuan Rusia mengenai Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan (JC-ESTC) Ke-5
Title

Subject
JC-ESTC Malaysia-Rusia, Mesyuarat Tahunan JC-ESTC Ke-5, Malaysia-Rusia, Kerjasama Dua Hala, Kerjasama Ekonomi, Kerjasama Saintifik, Kerjasama Teknikal, Kerjasama Kebudayaan, Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Tenaga Boleh Diperbaharui, Penyelidikan dan Inovasi, Mobiliti Pelajar dan Akademik, Kerjasama Universiti
Description
Alhamdulillah, mendapat undangan untuk turut serta dalam Mesyuarat Tahunan Suruhanjaya Bersama Malaysia-Persekutuan Rusia mengenai kerjasama ekonomi, saintifik, teknikal dan kebudayaan (JC-ESTC) ke 5 di Vladivostok, Persekutuan Rusia, 12-14 Ogos.
Rombongan Malaysia diketuai YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, YBM KPT. Turut menyertai, KSU, TKSU serta Pengarah dari kementerian dan agensi berkaitan.
Mesyuarat dipengerusikan bersama TYT Valery Falkov, Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Persekutuan Rusia merangkap Pengerusi Bersama JC-ESTC bagi pihak Rusia.
JC-ESTC yang ditubuhkan pada tahun 2015 merupakan platform rasmi utama antara Malaysia dan Rusia untuk menyelaras serta memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang strategik. Mesyuarat kali ini amat signifikan dalam usaha kedua-dua negara menterjemahkan hubungan yang sedia terjalin kepada bentuk kerjasama yang lebih konkrit dan memberikan manfaat bersama.
Mesyuarat kali ini turut melibatkan wakil 18 kementerian dan agensi berkaitan sekali gus mencerminkan keluasan skop serta kepentingan hubungan Malaysia-Rusia yang merangkumi bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan, tenaga, sains dan teknologi, pendidikan tinggi, pertanian serta kerjasama sosial dan kebudayaan.
Antara perkara penting yang diangkat dalam perbincangan kali ini adalah usaha memperluas perdagangan dan pelaburan dua hala, meneroka peluang kerjasama dalam sektor strategik dan teknologi baharu, memperkukuh jaringan penyelidikan serta inovasi, di samping meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara.
Dalam bidang pendidikan tinggi, Malaysia memberikan perhatian kepada usaha memperluas mobiliti pelajar dan akademik, penyelidikan bersama, kerjasama universiti ke universiti serta pembangunan bakat dalam bidang sains, teknologi dan bidang-bidang strategik masa hadapan.
Alhamdulillah, kali ini UiTM menjalin hubungan lebih rapat dengan mengadakan perbincangan dua hala dengan Far Eastern Federal University (FEFU), dan memeterai perjanjian bersama Institute of Experimental Medicine (IEM) dalam bidang perubatan dan Moscow Power Engineering Institute (MPEI) untuk bidang tenaga diperbaharui. Membawa obor UiTM ke persada dunia!
Malaysia dan Rusia mempunyai kekuatan yang boleh saling melengkapi, khususnya dalam bidang sains, teknologi, tenaga, pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan. Terdapat ruang yang luas untuk kedua-dua negara meningkatkan lagi tahap kerjasama berdasarkan kepentingan bersama dan prinsip saling menghormati menghasilkan kesepakatan dan langkah susulan yang konkrit untuk memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara.

Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran berkaitan dengan penyertaan UiTM dalam Mesyuarat Tahunan JC-ESTC Ke-5 antara Malaysia dan Persekutuan Rusia
Format
Digital Text, JPEG/PNG Image
Language
Malay, English
Type
Social Media Posting (Facebook), Academic Higher Education Collaboration Meeting Update
Coverage
- Vladivostok, Persekutuan Rusia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1BxCbVK23T/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Memenuhi Undangan Mesyuarat Tahunan Suruhanjaya Bersama Malaysia-Persekutuan Rusia mengenai Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan (JC-ESTC) Ke-5,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2323.