Perkongsian Jumaat: Berpantang Ajal Sebelum Maut
Title
Perkongsian Jumaat: Berpantang Ajal Sebelum Maut
Subject
Ajal dan Maut, Penghisaban Diri, Kehidupan Selepas Mati, Jati Diri Melayu, Peribahasa Melayu, Jihad Kehidupan, Nilai Keagamaan
Description

Salam Jumaat,
Berpantang Ajal Sebelum Maut…
itu peribahasa Melayu, antara faham dengan tidak, Ajal bukan Maut, Apa maknanya?
Namun peribahasa ini jelas menunjukkan orang-orang tua kita sangat faham akan beza antara Ajal dan Maut. Selagi Ajal belum tiba, belum habis tempoh, seseorang tidak akan mati walaupun ditimpa kecelakaan yang besar sekalipun. Ajal adalah tempoh kehidupan dunia, Maut adalah noktah kematian kepada tamatnya kehidupan…
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Surah Jumuah 8 )
الكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ
“Orang yang bijak ialah orang yang menghisab dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati.”
(Riwayat Jami’ al-Tirmidhi, no. 2459)
َنْ تَمُوتَ نَفْسٌ حَتَّى تَسْتَكْمِلَ رِزْقَهَا وَأَجَلَهَا
“Seseorang tidak akan mati sehingga dia menyempurnakan rezekinya dan ajalnya.”
(Riwayat Sunan Ibn Majah dan Musnad Ahmad)
A. Aziz Deraman dalam Sajak Jampi Bangsaku juga menutup sajaknya dengan Belum Sampai Ajal….
“Hai bangsaku,
Aku mintamu pindah balik segala kekuatan
Segala peradaban, segala kebenaran
Segala keagungan dan segala-galanya
Memulia dan meneruskan kegemilangan
Biarlah utuh diuji zaman-berzaman
Itulah asalmu tapakmu bersenang
Masa kini dan akan datang,
Aku hendak minta kepadamu
Pulang pulih seperti keadaan asal
Sebab, belum cukup belum genap
Belum sampai ajal
Bukan kuasa aku tapi dengan kuasa Allah
Berkat kita kata: Lailaha illallah Muhammadar Rasulullah”
Ayuh kita jadi orang yang bijak, sentiasa menghisab diri, terus berusaha, melangkah perjuangan dengan setiap helaan nafas, selagi Ajal belum tiba!
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran berkaitan perkongsian renungan Jumaat mengenai ajal, maut, penghisaban diri dan perjuangan kehidupan
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Quran Verses)
Type
Social Media Posting (Facebook), Religious Reflection, Motivational Message, Cultural Heritage, Malay Literary Reference
Coverage
Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1LWCtjUybu/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Jumaat: Berpantang Ajal Sebelum Maut,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2284.