Sumbangan Kebajikan UiTM kepada Pelajar Fakulti Perakaunan Program ACCA
Title
Sumbangan Kebajikan UiTM kepada Pelajar Fakulti Perakaunan Program ACCA
Subject
kebajikan mahasiswa; bantuan pelajar; Fakulti Perakaunan UiTM; program ACCA; ZAWAF UiTM; MARA; pendidikan anak bangsa; sokongan mahasiswa
Description

Demi membela peluang pendidikan anak bangsa, hari ini UiTM menghulur bantuan kepada Saudari Farah Adeeba bt Zaidi, pelajar Fakulti Perakaunan, program ACCA, semester 4, yang merupakan anak yatim piatu dan kini disara oleh kakak sulungnya.
Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung serta menjadi pemangkin semangat untuk beliau terus cemerlang dalam pengajian.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus komited dalam menjaga kebajikan mahasiswanya. Cabaran keluarga ini telah diketengahkan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA beberapa minggu lalu. Alhamdulillah, turut dibantu oleh YPM.
Turut hadir bersama pagi tadi, Prof. Dr. Yamin Yasin, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa dan Profesor Madya Dr. Najahudin Bin Lateh, Pengarah ZAWAF UiTM.
Semoga usaha murni ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga UiTM untuk terus menyemai nilai empati dan kebersamaan.
Tadi sempat membuat profil ringkas, insya-Allah memang sesuailah bidang perakaunan yang dipilih. Sempat juga bergurau bertanya kepada anakanda Farah sama ada mengenali siapa Farah Adeeba. Anakanda Farah kelihatan terpinga-pinga. Pesan tadi kepadanya, selepas ini bolehlah “google” atau “gpt” siapa individu tersebut. Kami pula yang terasa tua…
Semoga anakanda Farah terus gigih menimba ilmu dan cemerlang dalam pembelajaran serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat, amin.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran rasmi universiti berkaitan bantuan kebajikan mahasiswa UiTM melalui kerjasama MARA dan ZAWAF UiTM bagi menyokong kelangsungan pendidikan pelajar.
Format
Digital Text, JPEG Image, MP4 Video (Durations : 01minutes, 39 Seconds)
Language
Malay, Arabic (Jawi Script)
Type
Social Media Posting, Institutional Welfare Update
Coverage
UiTM Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Local URL
https://www.facebook.com/share/v/1GcmxELvPd/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Sumbangan Kebajikan UiTM kepada Pelajar Fakulti Perakaunan Program ACCA,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 12, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2087.
