Perkongsian Hantaran : Penyerahan Bas Baharu UiTM Cawangan Perak
Title
Subject
Description
Jaga bas baharu tu elok-elok yaaa ..
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
- Hantaran Facebook rasmi Naib Canselor UiTM.
(Quoted from FB Rasmi UiTM Cawangan Perak - Media FB Rasmi)
“SERI ISKANDAR, 27 April 2026 – Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak telah mengadakan Majlis Penyerahan sebuah bas baharu kepada Unit Kenderaan UiTM Cawangan Perak yang berlangsung di Bangunan Pentadbiran.
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Perak, YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim. Turut hadir bersama YBhg. Prof. Dr. Muhamad Abdul Aziz Ab. Gani, Timbalan Rektor PJIM&A; Encik Mohamad Husaini Mohd. Saleh, Timbalan Bendahari Kanan; Encik Rashidi Hamzah, Penolong Pendaftar Kanan bersama barisan staf pentadbiran.
Sebagai rekod, sebelum ini sekitar 14 buah bas telah diterima oleh UiTM dan setiap kampus UiTM menerima manfaat hasil daripada peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan (MoF). Inisiatif berterusan ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan universiti dalam memastikan kebajikan serta kemudahan warga UiTM sentiasa diberi keutamaan.
Bas baharu ini dilengkapi enjin Euro 5 yang lebih mesra alam, ciri keselamatan moden termasuk CCTV dan kamera 360 darjah, serta kemudahan seperti skrin pintar dan port USB bagi keselesaan pengguna.
Pihak pengurusan UiTM Cawangan Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Naib Canselor UiTM dan pengurusan UiTM atas kepimpinan yang berterusan dalam memperkukuh kemudahan universiti.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
اوسها تقوى موليا