Memenuhi Undangan Ke OUM’s 2nd Annual Public Lecture Series selaku Ahli Lembaga Pengarah (Board of Governors)

Title

Memenuhi Undangan Ke OUM’s 2nd Annual Public Lecture Series selaku Ahli Lembaga Pengarah (Board of Governors)

Subject

OUM’s 2nd Annual Public Lecture Series, Open University Malaysia (OUM), Pendidikan Digital, Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Berpusatkan Manusiawi, OUM Global Fellows, Pelancaran Logo Baharu OUM, Syarahan Umum, Professor George Veletsianos, Al-Anbiya’ 37, At-Takathur 1-3

Description



Salam Jumaat, Rabu lalu, 5 Ogos, sebagai Ahli Board of Gorvenors OUM, diundang menghadiri OUM’s 2nd Annual Public Lecture Series di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur.

Dengan tema “Beyond Standard Scripts: Imagining New Futures in Digital Education,” lima orang Felo OUM Global telah membawa pelbagai perspektif antaranya keterangkuman, pastinya AI dan pembelajaran berpusatkan manusiawi.

Perasmian dan pelancaran logo baharu OUM telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), Ybhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, mewakili YBM KPT.

Tahniah kepada kepimpinan dan seluruh warga OUM atas pelancaran logo baharu dan penganjuran yang sangat bermanfaat.
Antara yang menarik adalah mengikuti Syarahan umum ke 3 oleh Professor George Veletsianos, College of Education and Human Development, University of Minnesota–Twin Cities, USA yang meyampaikan tajuk “Σιγά Σιγά: Toward a Better Tempo for Digital Education”.

Σιγά Σιγά (Sigá Sigá) membawa maksud pelan-pelan, alon-alon, màn màn (慢慢), Shwai Shwai (شوي شوي) yang menekankan perlunya mengoptimumkan kadar perubahan Pendidikan Digital dengan memastikan pendidikan dan pembelajaran benar-benar belaku. Ia bukan bermakna tidak bersaing, malas mahupun membuang masa tetapi memastikan kualiti dan kesempurnaan sesuatu tugas.
Ramai yang tergesa-gesa mengadoptasi teknologi baharu kerana khuathir akan ketinggalan walhal perlunya kita membuat pertimbangan sewajarnya dan melihat hasil dan impak yang dihajatkan.
Itu lah fitrah kehidupan manusia dalam semua perkara yang perlu kita ambil beringat.
خُلِقَ الْإِنسَانُ مِنْ عَجَلٍ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ
Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.
(Al Anbia’ 37)
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
Sehingga kamu masuk kubur.
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
(AtTakathur 1-3)
Tahniah dan terima kasih Open University Malaysia.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran berkaitan penyertaan sebagai Ahli Board of Governors OUM dalam OUM’s 2nd Annual Public Lecture Series, pelancaran logo baharu OUM serta perkongsian mengenai Pendidikan Digital,

Format

Digital Text, JPEG/PNG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi , Al-Quran Verses), English, Greek, Chinese (Mandarin)

Type

Social Media Posting (Facebook), Institutional Engagement, Official Congratulations,

Coverage

Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18xtYDuvPt/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Memenuhi Undangan Ke OUM’s 2nd Annual Public Lecture Series selaku Ahli Lembaga Pengarah (Board of Governors),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2313.

Output Formats