Penglibatan UiTM dalam Projek Ekonomi MADANI ATM : Lawatan Kerja Rasmi
Title
Subject
Description

Terima kasih atas undangan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke majlis Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Pertahanan ke Tapak Pelaksanaan Projek Ekonomi MADANI di Kem Terendak, Melaka, atas usaha sama kolaborasi Projek Ekonomi MADANI antara ATM dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) yang turut melibatkan UiTM. Majlis telah disempurnakan oleh YB MENHAN petang tadi.
UiTM telah dilantik untuk melaksanakan Projek Ekonomi MADANI ATM bagi Projek Keusahawanan Cendawan Urban Farming dan Madu Kelulut di 13 buah Kem ATM di seluruh Malaysia.
Berdasarkan perkembangan pelaksanaan fasa pertama Program Ekonomi MADANI, beberapa projek telah berjaya dilaksanakan dengan lancarnya, Alhamdulillah.
Hadir sama Jeneral Datuk Azhan bin Md Othman, Panglima Tentera Darat Malaysia, dan YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, KSU MINDEF.
Tahniah kepada Panglima 10 Briged Para, Brigadier General Datuk Khairul Anwar bin Soib dan Datin Yuslina binti Mohd Yusof, Pengerusi BAKAT 10 Briged Para, Kem Terendak, atas pelaksanaan yang berjaya!