Transformasi Pendidikan Tinggi Negara: Peranan UiTM melalui RPTM 2026–2035

Title

Transformasi Pendidikan Tinggi Negara: Peranan UiTM melalui RPTM 2026–2035

Subject

Pendidikan Tinggi Negara, RPTM 2026–2035, Transformasi Pendidikan, UiTM2030, Dasar Pendidikan, Kebolehkerjaan Graduan, Penyelidikan dan Inovasi, Pendigitalan Pendidikan

Description




Alhamdulillah pagi tadi di Bernama TV, berkongsi transformasi pendidikan tinggi negara melalui RPTM 2026-2035 dan peranan UiTM mendokong transfomasi pendidikan negara.

10 Lonjakan RPTM 2035 anjakan transformasi utama pendidikan tinggi negara:

1. Akses Saksama & Inklusif, memperluas peluang pendidikan tinggi merentas latar sosioekonomi, wilayah, OKU dan pelajar bukan arus perdana. UiTM, exclusively inclusive! Dengan pelajar B40 dan OKU teramai.

2. Pembelajaran Fleksibel & Sepanjang Hayat Pengukuhan APEL, micro-credential, mod hibrid dan pembelajaran modular. Laluan pembelajaran anjal pelbagai peringkat, kemasukan dan keluar pelbagai, dihubung jalian dengan institusi MARA, Politeknik, Kolej komuniti dan institusi swasta.

3. Kualiti Kurikulum Berteraskan Masa Hadapan Kurikulum relevan industri, IR4.0, AI, STEM, pemikiran kritikal dan kemahiran insaniah. Ilmu untuk mencari ilmu, kemahiran untuk berterusan reskill dan upskilling, nilai yang cintakan kemuliaan nilai manusiawi.

4. Kebolehkerjaan & Keusahawanan Graduan Hubungan erat universiti–industri, pembelajaran berasaskan kerja dan penciptaan pekerjaan. UiTM bertekad menyemai jiwa keusahawanan yang padu.

5. Bakat Akademik Bertaraf GlobalPembangunan pensyarah, penyelidik dan profesional dengan laluan kerjaya fleksibel dan berimpak. UiTM memperkenal laluan anjal dengan mengiktiraf segala bentuk sumbangan dari PdP, Penyelidikan, penulisan dan sumbagan komuniti selagimana ia memberi impak yang positif kepada masyarakat.

6. Penyelidikan Berimpak Tinggi & Inovasi Nasional Penyelidikan menyelesaikan masalah negara, pengkomersialan dan pemindahan teknologi. UiTM mengakar ke Bumi dan berimpak kepada komuniti setempat.

7. Autonomi & Tadbir Urus Berkesan Autonomi universiti yang bertanggungjawab, telus dan berasaskan data. UiTM mengukuh tadbir urus dengan semak dan imbang, penwartaan Kaedah-Kaedah dan menubuh unit Ombudsman.

8. Pendigitalan Menyeluruh Pendidikan Tinggi Transformasi digital, AI, analitik data, kampus pintar dan pembelajaran hibrid. AI dan analitik Data menjadi enabler dan terbina dalam ke semua jurusan.

9. Kelestarian & Kesejahteraan IPTKelestarian kewangan, kampus hijau, kesejahteraan warga dan daya tahan institusi. Model pendanaan baharu UiTM dengan keupayaan silang biaya dengan hasil dari pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat serta pendiikan profesional.

10. Pengantarabangsaan & Penjenamaan Global Meningkatkan kedudukan global IPT Malaysia, mobiliti pelajar dan jaringan antarabangsa. UiTM akan kekal melaksanakan mobiliti pelajar antarabangsa dan penyelidikan dengan rakan kongsi global dengan menubuhkan penyelaras UiTM-COMSTECH sebagai platform kerjasama STEM dengan negara OIC.

UiTM dengan keunikannya InsyaAllah akan terus relevan mendokong penuh transfomasi pendidikan tinggi melalui UiTM2030.

Sempat menyantuni Alumni UiTM yang berkhidmat di Bernama, Alhamdulillah, UiTM tetap di Hati ❤️.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

RPTM 2026–2035, UiTM2030, Malaysia MADANI, Siaran Bernama TV

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Post, Live Streaming

Coverage

Malaysia, National Higher Education Policy Context

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18Mx8gogah/

Files

Live Streaming Bernama TV (1).jpg
Live Streaming Bernama TV (2).jpg
Live Streaming Bernama TV (3).jpg
Live Streaming Bernama TV (4).jpg
Live Streaming Bernama TV (5).jpg
Live Streaming Bernama TV (6).jpg
Live Streaming Bernama TV (7).jpg
Live Streaming Bernama TV (8).jpg
Live Streaming Bernama TV (9).jpg
Live Streaming Bernama TV (10).jpg
Live Streaming Bernama TV (11).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Transformasi Pendidikan Tinggi Negara: Peranan UiTM melalui RPTM 2026–2035,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1910.

Output Formats