Menghadiri Majlis Perasmian NI Embedded System Laboratory di UiTM Cawangan Pulau Pinang
Title
Subject
Description

Alhamdulillah, berkat pagi Jumaat, menyempurnakan Majlis Perasmian NI Embedded System Laboratory di UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Hasil muafakat dan kolaborasi strategik antara UiTM dan NI Malaysia Sdn. Bhd. menjadi signifikan dalam memperkukuhkan ekosistem pembelajaran yang menghubungkan bilik kuliah dengan realiti dunia pekerjaan.
Terima kasih NI Malaysia Sdn. Bhd. atas sumbangan peralatan dan kelengkapan makmal yang serba canggih untuk manfaat mahasiswa UiTM, Alhamdulillah!
NI diwakili Yang Berusaha En. Selvam Chinappan, Vice President, APAC Manufacturing Managing Director, NI Malaysia Sdn. Bhd.; Yang Berusaha Pn. Noor Azian Abdul Wahab, Chief, Community Impact & STEM, NI Malaysia Sdn. Bhd.; dan turut hadir YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Rashidy Razali, Rektor, UiTM Cawangan Pulau Pinang; YBhg. Dr. Muhammad Hussain Ismail, Pengarah Pusat Jaringan Industri; dan YBhg. Profesor Ir. Dr. Azli Abd. Razak, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
Sempat berinteraksi bersama pelajar yang telah dan akan menyertai pertandingan Robotik tajaan NI. Menduga juga sejauh mana kefahaman pelajar tentang reka bentuk dan penyelesaian yang telah mereka laksanakan.
Turut melawat makmal Semikonduktor yang telah mendapat peruntukan khas dalam pengumuman bajet oleh YAB PM. Alhamdulillah, semuanya telah lengkap untuk digunakan mahasiswa untuk semester baharu kelak.