Syarahan Eksekutif Menteri Pertahanan kepada Pegawai Kadet PALAPES

Title

Syarahan Eksekutif Menteri Pertahanan kepada Pegawai Kadet PALAPES

Subject

Syarahan Eksekutif Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, PALAPES, Pegawai Kadet, Universiti Awam, Pertahanan Negara, AI, Keselamatan Siber, Askar Wataniah, HANRUH, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),MINDEF

Description

Pagi Khamis, 3 September 2026, menghadiri Syarahan Eksekutif Menteri Pertahanan, YB DS Khaled Nordin kepada 1,885 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dari semua universiti awam bertempat di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Dunia pertahanan pantas berubah. Ancaman bukan lagi peperangan konvensional, tetapi turut melibatkan serangan siber, AI, dron, manipulasi maklumat, peperangan kognitif dan pelbagai bentuk ancaman hibrid.
Oleh itu, ATM memerlukan bakat generasi muda yang berdisiplin, berilmu dan berani meneroka idea baharu. Kepakaran dalam AI, sains data, kejuruteraan, keselamatan siber, autonomi, robotik dan aeroangkasa menjadi semakin penting kepada pertahanan negara.

YB MENHAN menekankan kepada Pegawai Kadet PALAPES untuk menggunakan tiga kelebihan: Ilmu, Idea dan Inspirasi, membawa nilai PALAPES ke mana sahaja berada dan menjadi jambatan antara masyarakat dengan pertahanan negara.

Turut sama menyaksikan pemeteraian Nota Kerjasama antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) yang diwakili Datuk KPPT bagi memperkukuh pelaksanaan program Askar Wataniah di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). UiTM juga turut serta memulakan program Askar Wataniah.

Usaha ini juga akan membantu membangunkan Angkatan Sukarela yang kuat, terlatih dan bersemangat tinggi, selaras dengan Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).

Tahniah juga kepada sahabat kami, YBhg. Dato’ Abdul Hadi bin Omar, TKSU (Pembangunan), MINDEF atas Pemakaian Pangkat Kehormat. Kami sama-sama menjadi Pengarah di JPT suatu ketika dahulu.

Selesai majlis, kami menyantuni Pegawai Kadet UiTM, memberikan kata-kata semangat dan mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai Kadet yang bakal ditauliahkan pada Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES ke-44 nanti.

PALAPES Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan kehadiran ke Syarahan Eksekutif Menteri Pertahanan kepada Pegawai Kadet PALAPES di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Format

Digital Text, JPEG/PNG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), Executive Lecture Update

Coverage

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1BrGrS3cRY/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Syarahan Eksekutif Menteri Pertahanan kepada Pegawai Kadet PALAPES,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2363.

Output Formats