Membina Masa Depan Ekonomi Usahawan Bumiputera Melalui Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera 2026

Title

Membina Masa Depan Ekonomi Usahawan Bumiputera Melalui Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera 2026

Subject

Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera 2026, KEUB 2026, Ekonomi Bumiputera, Keusahawanan Bumiputera, Universiti Teknologi MARA, KETENGAH, Kementerian Ekonomi, Ekonomi MADANI, Pemerkasaan Bumiputera

Description




Membina Masa Depan Ekonomi Usahawan Bumiputera


Terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas kesudian menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026 di Terengganu, petang Selasa, 2 Jun 2026.

KEUB 2026 bukan sekadar konvensyen akademik, tetapi satu anjakan paradigma daripada pendekatan geran kepada kepemilikan ekuiti, penguasaan teknologi dan rantaian nilai global.

Dengan resolusi yang konkrit, pelibatan pelbagai agensi pelaksana, serta sokongan penuh YAB Timbalan Perdana Menteri, KEUB 2026 bakal menjadi pemangkin utama untuk meningkatkan penguasaan ekuiti dalam kalangan Bumiputera dan melahirkan generasi usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Universiti Teknologi MARA menzahirkan rasa terharu dan bersyukur atas kesudian Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, serta seluruh tetamu kehormat hadir ke majlis semalam. Kehadiran kepimpinan tertinggi negara mencerminkan tekad politik yang utuh dalam menjadikan agenda ekonomi bangsa sebagai keutamaan mutlak dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Penganjuran KEUB 2026 merupakan satu manifestasi agung keberhasilan sinergi strategik antara UiTM, KETENGAH dan Kementerian Ekonomi. Kolaborasi ini membuktikan bahawa apabila universiti bergabung dengan agensi pembangunan wilayah dan kementerian perancang dasar, kita mampu melahirkan formula pembangunan ekonomi Bumiputera yang realistik dan holistik, sekali gus memecahkan rintangan sosiostruktural yang dihadapi komuniti Bumiputera.

Kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kami serahkan Resolusi KEUB 2026 dengan penuh amanah, demi masa hadapan Bumiputera yang bermaruah dan berdaulat. Semoga usaha murni ini mendapat keredaan Allah SWT. Insya-Allah.

Di dalam ucapannya, YAB TPM telah menegaskan bahawa agenda ekonomi Bumiputera perlu bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Tumpuan tidak boleh lagi hanya tertumpu kepada penyertaan, sebaliknya mesti diterjemahkan kepada pemilikan, penguasaan teknologi dan keupayaan memimpin rantaian nilai yang lebih besar serta berstrategik.

Dunia berubah dengan pantas. Dalam era ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu, Bumiputera perlu berada di barisan hadapan sebagai pencipta nilai, pemilik platform, peneraju inovasi dan pemain utama dalam sektor ekonomi masa depan.

Pada masa yang sama, usaha memperkasa ekonomi Bumiputera memerlukan kerjasama yang lebih tersusun antara Kerajaan, institusi pendidikan, pemain industri, agensi, syarikat berkaitan Kerajaan dan usahawan sendiri. Cabaran yang semakin kompleks menuntut kita bergerak sebagai satu ekosistem yang saling melengkapi dan memperkukuh antara satu sama lain.

Beliau turut berharap KEUB 2026 akan menjadi titik tolak kepada pelaksanaan yang lebih berani dan berkesan dalam memperkasa ekonomi Bumiputera. Segala idea, cadangan dan resolusi yang dibincangkan perlu diterjemahkan kepada tindakan yang mampu membuka lebih banyak peluang serta meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam sektor-sektor strategik negara. Insya-Allah.

Turut hadir, YB Datuk Razali Idris, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu mewakili YAB Menteri Besar, YBhg. Dato' Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi dan pemimpin-pemimpin setempat.

Terima kasih dan tahniah kepada TNC HEP, team MASMED, UiTM Terengganu, kepimpinan mahasiswa dan seluruh jawatankuasa yang terlibat menjayakan KEUB 2026.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Berkaitan hantaran rasmi mengenai Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026 yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pemain industri dalam membincangkan strategi pemerkasaan ekonomi Bumiputera melalui penguasaan ekuiti, teknologi, inovasi dan pembangunan keusahawanan berimpak tinggi.

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Institutional Activity Update, Economic Development Programme

Coverage

Terengganu, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1NU4o4PiVV/

Files

VC TPM  Di Terengganu (1).jpg
VC TPM  Di Terengganu (2).jpg
VC TPM  Di Terengganu (3).jpg
VC TPM  Di Terengganu (4).jpg
VC TPM  Di Terengganu (5).jpg
VC TPM  Di Terengganu (6).jpg
VC TPM  Di Terengganu (7).jpg
VC TPM  Di Terengganu (8).jpg
VC TPM  Di Terengganu (9).jpg
VC TPM  Di Terengganu (10).jpg
VC TPM  Di Terengganu (11).jpg
VC TPM  Di Terengganu (12).jpg
VC TPM  Di Terengganu (13).jpg
VC TPM  Di Terengganu (14).jpg
VC TPM  Di Terengganu (15).jpg
VC TPM  Di Terengganu (16).jpg
VC TPM  Di Terengganu (17).jpg
VC TPM  Di Terengganu (18).jpg
VC TPM  Di Terengganu (19).jpg
VC TPM  Di Terengganu (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Membina Masa Depan Ekonomi Usahawan Bumiputera Melalui Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera 2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed August 5, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2190.

Output Formats

Geolocation