Salam Jumaat: Kepimpinan sebagai Amanah dan Teladan

Title

Salam Jumaat: Kepimpinan sebagai Amanah dan Teladan

Subject

Salam Jumaat, Kepimpinan Islam, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris, Kepimpinan sebagai Amanah, Rasulullah ﷺ, Surah al-Saff, Surah al-Baqarah, Surah al-Ahzab, TUDM, Hari Kebangsaan ke-69

Description




Salam Jumaat,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ ۝ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak melakukannya.”
(Surah al-Saff, 61:2–3)
Slogan-slogan kepimpinan memang senang dilaungkan namun melaksanakannya adalah suatu perkara yang bukan mudah. Amat bertuah juga apabila kita masih lagi diperlihatkan individu pemimpin terpilih ini masih wujud dan memimpin di kalangan kita, Alhamdulillah.

Konsep “Lead by Example” dan “Walk the Talk” sangat dekat dengan prinsip kepimpinan Islam: pemimpin bukan sekadar memberi arahan, tetapi menjadi teladan, melaksanakan apa yang dikatakan, dan memikul amanah.

Slogan kepimpinan yang seumpamanya memanglah banyak, antaranya; Practice What You Preach, Actions Speak Louder Than Words, Leadership by Example, Character Before Command, Serve Before You Lead dan banyak lagi.

Allah juga mengingatkan lagi dalam Surah al-Baqarah, 2:44:
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ
“Patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebajikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri?”

Inilah dalil tepat dengan prinsip
“Practice what you preach.”

Pastinya contoh terbaik untuk kita contohi tidak lain, sebaik-baik Qudwah, Rasulullah ﷺ:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu.”
(Surah al-Ahzab, 33:21)

Rasulullah ﷺ bukan hanya mengajar kepimpinan, baginda sendiri menjadi teladan kepimpinan.

Baginda mengingatkan kita bahawa setiap orang adalah pemimpin, Rasulullah ﷺ bersabda:
كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ini memberikan satu lagi dimensi penting, Kepimpinan adalah Amanah, Tanggungjawab dan Akauntabiliti.

Dalam hadis tentang kepimpinan sebagai amanah, Rasulullah ﷺ bersabda kepada Abu Dharr:
إِنَّهَا أَمَانَةٌ
“Sesungguhnya ia (kepimpinan) adalah suatu amanah.”
(Riwayat Muslim)
Maka kepimpinan dalam Islam bukan sekadar kuasa (authority), tetapi amanah.

Tahniah kepada sahabat kami, sama-sama SPM ‘84, Bangsa Johor, orang Kota, Panglima Tentera Udara ke-21, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris yang mengetuai sendiri penerbangan lintas hormat udara dengan aksi wira udara sewaktu sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Tahniah Tan Sri.

3 anakanda Tan Sri adalah Alumni UiTM, petua sihat boleh cope the G-force sampai 5/6G masa terbang, Tan Sri jawab ringkas, dah dua tahun tak makan nasi.

“Lead by Example. Walk the Talk. Lead with Integrity. Serve with Amanah.”

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan perkongsian mengenai prinsip kepimpinan Islam sebagai amanah, tanggungjawab dan teladan melalui ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah ﷺ serta penghargaan kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris

Format

Digital Text,JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Quran Verses,Hadith)

Type

Social Media Posting (Facebook), Islamic Reminder, Friday Message, congratulatory messages, National Day, TUDM

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/14pd7BqFYZ3/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Salam Jumaat: Kepimpinan sebagai Amanah dan Teladan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2364.

Output Formats