Majlis Pemeteraian MoU UiTM Bersama Rakan Kerjasama
Title
Majlis Pemeteraian MoU UiTM Bersama Rakan Kerjasama
Subject
MoU UiTM, Akademi Pengajian Bahasa, APB, Tech Up Advance Pte Ltd, Persatuan Penterjemah Malaysia, Shining Continuum Symmetry Sdn Bhd, Majlis Integrasi Pendidikan Malaysia, Penguasaan Pelbagai Bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Asing
Description

Dengan berkat Jumaat, 4 September 2026, menyempurnakan MoU Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi pihak Akademi Pengajian Bahasa (APB) bersama 4 Rakan kerjasama, Syarikat dan Komuniti:
- Tech Up Advance Pte Ltd, syarikat Singapura
- Persatuan Penterjemah Malaysia
- Shining Continuum Symmetry Sdn Bhd dan
- Majlis Integrasi Pendidikan Malaysia
Semoga usahasama ini memberi manfaat kepada semua pihak dan kepakaran bahasa di UiTM memberi impak kepada masyarakat dan Industri.
Sempat mengingatkan warga APB tentang titah DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk mahasiswa UiTM menguasai dua bahasa asing.
Walaupun Malaysia tidak menyatakan Mandarin dan Tamil sebagai bahasa rasmi, kedua-dua bahasa itu tidak lagi asing, malah RTM menyiarkan saluran khas dalam bahasa tersebut, dan disenarai dalam Jadual kepada Akta Pendidkan Akta 550, maka wajarlah APB menawarkan selain Bahasa Arab, Mandarin dan dahulunya Tamil, menawarkan bahasa lain yang benar-benar asing.
Walaupun Malaysia tidak menyatakan Mandarin dan Tamil sebagai bahasa rasmi, kedua-dua bahasa itu tidak lagi asing, malah RTM menyiarkan saluran khas dalam bahasa tersebut, dan disenarai dalam Jadual kepada Akta Pendidkan Akta 550, maka wajarlah APB menawarkan selain Bahasa Arab, Mandarin dan dahulunya Tamil, menawarkan bahasa lain yang benar-benar asing.
Sempat mengingatkan juga Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan untuk Malaysia dan juga Singapura!
PM Singapura, menyedari warganya mula hilang keupayaan bertutur pelbagai bahasa, baru-baru ini menyeru warganya kembali menguasai Bahasa Melayu atas kedudukan dan sejarah asal negara itu yang termaktub dalam Perlembagaan Republik Singapura, Artikel 153A(2) dinyatakan dengan sangat jelas:
“Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan Rumi.”
Penguasaan pelbagai bahasa adalah kekuatan kepada Malaysia sebagai sebuah negara, dengan tetap menguasai dan memertabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran ini berkaitan dengan pemeteraian MoU Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Akademi Pengajian Bahasa (APB) bersama empat rakan kerjasama daripada syarikat dan komuniti
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/19KqGUEeRn/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Pemeteraian MoU UiTM Bersama Rakan Kerjasama,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2365.