Pameran Imersif Inovasi Sarjana Muslim: Ilham Raja Permaisuri Agong di Festival Idea Putrajaya 2025

Title

Pameran Imersif Inovasi Sarjana Muslim: Ilham Raja Permaisuri Agong di Festival Idea Putrajaya 2025

Subject

Pameran; Inovasi Islam; Tamadun Islam; Ilmuwan Muslim; Raja Permaisuri Agong; Festival Idea Putrajaya 2025

Description


Menjunjung kasih Tuanku...



__________________________________________________________________

Perkongsian Hantaran : 

PAMERAN IMERSIF INOVASI SARJANA MUSLIM ILHAM RAJA PERMAISURI AGONG
Pameran Imersif Inovasi Sarjana Muslim bersempena Festival Idea Putrajaya 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) merupakan ilham KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Ilham berkenaan tercetus apabila Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bertemu Prof Emeritus Salim Al-Hassani, dari The University of Manchester pada Persidangan Meja Bulat Ditchly anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) bertajuk "Science in Muslim Societies: Past and Present" pada tahun 2012.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang sentiasa mengangkat ilmu Islam berpendapat pelbagai manfaat besar boleh dikecapi rakyat Malaysia dengan memperluas pengetahuan tentang sumbangan tamadun Islam dalam bidang sains, perubatan, astronomi serta pelbagai lapangan ilmu yang lain.
"Sejarah juga membuktikan bahawa ramai sarjana dan pengamal ilmu di Barat mengambil inspirasi dan asas pengetahuan daripada para ilmuwan Islam terdahulu,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).
Pada hari ini (7 November), Seri Paduka Baginda berkenan berangkat melawat pameran berkenaan di PICC.
Pameran berkenaan dibangunkan hasil inspirasi daripada karya terkenal 1001 Inventions: The Enduring Legacy of Muslim Civilisation.

Tujuan utama pameran ini adalah untuk mempertingkat kefahaman tentang sumbangan besar tamadun Islam pada zaman kegemilangan Islam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi dunia.
Pameran ini dianjurkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan UTM.

Menampilkan sumbangan ilmuwan Islam dalam pelbagai bidang seperti matematik, astronomi, perubatan, kimia, kejuruteraan dan budaya, pameran ini menonjolkan hubungan antara inovasi sains dan pembinaan masyarakat berperadaban.

Ia juga menunjukkan bagaimana penemuan besar masa silam menjadi asas kemajuan tamadun moden hari ini.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Date

Format

Digital Text. JPEG Image

Language

Malay, Arabic(Jawi), English

Type

Social Media Posting , Event Activity Record

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/17aYJqFxBG/

Files

Lawatan Diraja (1).jpg
Lawatan Diraja (2).jpg
Lawatan Diraja (3).jpg
Lawatan Diraja (4).jpg
Lawatan Diraja (5).jpg
Lawatan Diraja (6).jpg
Lawatan Diraja (7).jpg
Lawatan Diraja (8).jpg
Lawatan Diraja (9).jpg
Lawatan Diraja (10).jpg
Lawatan Diraja (11).jpg
Lawatan Diraja (12).jpg
Lawatan Diraja (13).jpg
Lawatan Diraja (14).jpg
Lawatan Diraja (15).jpg
Lawatan Diraja (16).jpg
Lawatan Diraja (17).jpg
Lawatan Diraja (18).jpg
Lawatan Diraja (19).jpg
Lawatan Diraja (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Pameran Imersif Inovasi Sarjana Muslim: Ilham Raja Permaisuri Agong di Festival Idea Putrajaya 2025,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 13, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1746.

Output Formats