Usahawan Tanpa Ijazah: Nilai, Keberanian dan Inspirasi Keusahawanan
Title
Subject
Description

Apa persamaan atau perbezaan antara Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai seorang usahawan dengan nama-nama besar berikut:
Michael Dell (Dell Technologies), Richard Branson (Virgin Group), Colonel Harland Sanders (KFC), Steve Jobs (Apple Inc.), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Lim Goh Tong (Pengasas Genting Group), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group), dan Tan Sri G. Gnanalingam (Westports Malaysia).
Tanpa menafikan pendidikan tinggi adalah sangat penting, mereka tidak mempunyai ijazah universiti, tetapi merupakan usahawan dengan ciri keusahawanan yang hampir sama:
-
Kerja keras, disiplin yang tinggi dengan visi jangka panjang.
-
Keberanian mengambil risiko dan meninggalkan zon selesa.
-
Gagal beberapa kali sebelum berjaya dan belajar daripada kegagalan.
-
Fokus pada inovasi dan penyelesaian masalah.
-
Kreativiti dan keupayaan mengenal pasti peluang.
-
Jaringan sosial yang luas.
Mereka telah membuktikan bahawa pendidikan tinggi bukan satu-satunya laluan ke kejayaan, membuktikan sifat keusahawanan, disiplin, kerja keras, dan idea besar tetap penting.
Semua usahawan ini akan mengambil pula graduan universiti yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk menjayakan perniagaan mereka. Mereka mencipta pekerjaan. Lebih menarik juga apabila usahawan berjaya turut berpendidikan tinggi seperti Tan Sri Tony Fernandes (AirAsia Group), lulusan London School of Economics (LSE) – Ijazah Perakaunan, dan Tan Sri Jeffrey Cheah (Sunway Group), lulusan Accounting dari Victoria University, Australia.
UiTM komited dalam melahirkan usahawan dan profesional bumiputra, dan bagi melengkapkan pendidikan tinggi, pengalaman dunia sebenar perlu dibawa ke dalam bilik kuliah. Memastikan graduan UiTM bukan sahaja “book smart” tetapi juga “street smart”, Insya-Allah.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا