Perkongsian Hantaran : Penghargaan kepada Duta Besar Republik Türkiye ke Malaysia
Title
Subject
Description

Meraikan sahabat saya yang juga Duta Besar Republik Türkiye ke Malaysia, TYT Emir Salim Yüksel yang akan menamatkan tugas beliau di negara ini sebelum meneruskan amanah baharu sebagai wakil negara beliau ke Colombia.
Saya mula mengenali TYT Emir ketika menjadi Menteri Luar. Beliau merupakan seorang diplomat yang sangat komited dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Türkiye dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan tinggi, perdagangan, diplomasi dan hubungan rakyat kedua-dua negara.
Semoga TYT Emir terus sukses di tempat baharu. Terima kasih atas segala jasa dan persahabatan yang diberikan sepanjang berada di Malaysia. Semoga kita bertemu lagi insyaAllah.
……………………….
Bidding farewell to my good friend and the Ambassador of the Republic of Türkiye to Malaysia, H.E. Emir Salim Yüksel, who will soon complete his diplomatic service in Malaysia before taking on his new role in Colombia.
I came to know H.E. Emir during my time as Foreign Minister. Throughout his tenure here, he has been a strong friend of Malaysia and played an important role in strengthening the close relationship between Malaysia and Türkiye in many areas, especially higher education, diplomacy, trade, and people-to-people ties.
Thank you for your friendship and contributions during your time in Malaysia. Wishing you continued success in your new journey. Hope our paths will cross again, insyaAllah.
#MalaysiaTürkiye