Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026
Title
Subject
Description

Alhamdulillah selepas Asar semalam, Khamis, 4 Zulhijjah, di Masjid Negara, menghadiri majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi KBYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026.
Alhamdulillah menyantuni tetamu kenamaan lain, TYT Duta-Duta dari Negara Islam. Sempat mengucap terima kasih kepada sahabat kami, TYT Duta Türkiye, HE Ambassador Emir Salim Yüksel yang akan tamat khidmat beliau di Malaysia pada hujung bulan ini. TYT Emir telah banyak membantu UiTM bekerjasama dengan institusi di Türkiye dan kami mendoakan kesejahteraan beliau dan mengucapkan selamat bertugas sebagai Duta di Colombia.
Hadir sama TKSUP KPT, VC UTHM dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Allah lanjutkan Usia Tuanku, Allah Peliharakan Sultan
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا