Penyertaan dan Resolusi Kongres Pendidikan Bumiputera 2026
Title
Subject
Description

Alhamdulillah, seharian Jumaat menghadiri Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 yang julung kali diadakan, menjadi medan besar yang menghimpunkan suara, pandangan dan iltizam bersama demi masa depan pendidikan Bumiputera.
Pelbagai pandangan, idea dan cadangan bernas telah dibentang dan dibincangkan demi memastikan agenda memartabatkan pendidikan Bumiputera di setiap peringkat terus diperkukuh ke arah yang lebih cemerlang dan inklusif.
Penutupan kongres telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang turut mengangkat lapan resolusi utama untuk diserahkan sebagai asas tindakan dan gerak kerja strategik pada masa akan datang.
Semua ini perlu diterjemahkan kepada tindakan yang nyata, dasar yang berkesan serta pelaksanaan yang benar-benar memberi manfaat kepada generasi Bumiputera akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBM KPT dan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas komitmen besar dalam memastikan agenda pendidikan Bumiputera terus menjadi keutamaan negara.
YAB TPM telah menggariskan tiga mandat besar pendidikan negara:
- Membina Manusia, Jiwa dan Akhlak
Pintar akal mesti diseimbangkan dengan adab dan nilai. - Membina Ekonomi, Kemahiran dan Nilai Pasaran
Tenaga mahir yang menggerakkan industri dan mencipta nilai. - Membina Negara, Identiti dan Warganegara
Jati diri teguh dengan minda separas pentas global.
Lima fokus utama juga telah digariskan:
Fokus 1: Sistem Pendidikan Pelbagai Laluan
Tidak semua anak diukur dengan peperiksaan yang sama. Sistem yang baik mengenal potensi setiap anak, bukan menyeragamkan mereka.
Akademik, TVET, Tahfiz, Digital, Keusahawanan, Seni dan Sukan.
Fokus 2: Peluasan Akses Pra-Sekolah
Pendidikan bermula sejak awal usia. Fokus penyediaan untuk kawasan luar bandar, miskin bandar, pedalaman Sabah dan Sarawak serta komuniti rentan bagi mengelak keciciran hayat.
Fokus 3: Memperkasa Wakaf Pendidikan Bumiputera
Dana jangka panjang untuk biasiswa dan pelajar miskin. Mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan tahunan kerajaan.
Fokus 4: Memartabatkan Profesion Guru
Guru adalah pembina manusia sejagat, bukan penyampai silibus. Kurangkan beban tugas pengkeranian agar fokus kekal pada mendidik jiwa.
Fokus 5: Hala Tuju Pendidikan Mesti Jelas dan Kebangsaan
Pendidikan tidak boleh menjadi mangsa keputusan politik. Berhenti mengejar ranking semata-mata; bina sistem yang inklusif, progresif dan berteraskan nilai.
Semoga semua usaha ini menjadi titik pertemuan kepada gerakan besar membina masa depan pendidikan Bumiputera yang lebih bermaruah, progresif dan bermakna.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
Creator
Date
Relation
Hantaran rasmi berkaitan penyertaan dan sokongan terhadap Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 serta agenda memperkasa pendidikan Bumiputera negara
Coverage
Malaysia