Program Retreat Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi Bersama Pengurusan Tinggi Universiti Awam dan Syarikat Milikan Universiti Awam di Lumut
Title
Program Retreat Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi Bersama Pengurusan Tinggi Universiti Awam dan Syarikat Milikan Universiti Awam di Lumut
Subject
Retreat Universiti Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi, Pendanaan Universiti Awam, Syarikat Milikan Universiti Awam, Pengurusan Strategik, Universiti Awam, UiTM, JKNCR
Description

Berkampung di Lumut untuk retreat YBM bersama Pengurusan Tinggi Universiti Awam (UA) dan Syarikat Milikan Universiti Awam yang dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam (LPU), Naib-Naib Canselor, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Universiti Awam (Holdings), serta Bendahari Universiti Awam dalam retreat yang telah berlangsung selama dua hari.
Pelbagai perkara penting dibincangkan, khususnya berkaitan peranan strategik Universiti Awam dan syarikat Holdings dalam model pendanaan UA serta mendepani cabaran baharu pendidikan tinggi negara.
Terima kasih YBM dan KPT kerana buat pertama kalinya kesemua pihak utama ini dihimpunkan dalam satu perbincangan besar demi membina kesepaduan dan kefahaman yang lebih kukuh.
YBM menegaskan bahawa syarikat Holdings tidak boleh dilihat sekadar sebagai entiti korporat yang bergerak secara berasingan, tetapi mesti memainkan peranan penting membantu universiti menjana pendapatan, memperkukuh ekosistem dan membuka ruang pertumbuhan baharu.
YBM menambah bahawa universiti dan Holdings mesti bergerak sebagai satu pasukan dengan matlamat yang sama. Komunikasi yang jelas, kepercayaan dan perkongsian visi amat penting supaya setiap keputusan strategik dapat dibuat secara bersama demi masa depan universiti masing-masing.
Dengan pengalaman luas tokoh korporat, bekas penjawat awam kanan dan pemimpin industri yang menerajui LPU serta Holdings, mereka merupakan aset besar dalam memperkukuh pembangunan Universiti Awam negara.
Terima kasih YBM dan KPT atas susun atur program, terima kasih TS Pengerusi LPU, Dato’ Pengerusi UHSB, GCEO UHSB, TNC P dan Bendahari UiTM yang hadir memberikan komitmen penuh sepanjang retreat ini.
Selepas selesai, kami menghadiri JKNCR bersama NC UA yang lain bagi menyusun gerak kerja bersama antara Universiti Awam. Terima kasih YBM kerana sempat menyantuni mesyuarat JKNCR walaupun seketika.
Semoga segala usaha ini membawa manfaat besar kepada universiti, mahasiswa dan negara, khususnya UiTM, Insya-Allah.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Berkaitan penyertaan pengurusan tertinggi Universiti Awam dan syarikat milikan Universiti Awam dalam retreat strategik bersama Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membincangkan pendanaan universiti, pembangunan institusi, pengukuhan ekosistem pendidikan tinggi serta kerjasama antara Universiti Awam dan syarikat Holdings.
Format
Digital Text , JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting (Facebook), Institutional Activity Update
Coverage
Lumut, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/18nsi4MxNs/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Program Retreat Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi Bersama Pengurusan Tinggi Universiti Awam dan Syarikat Milikan Universiti Awam di Lumut,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2131.