Forum Sumbang Saran Warisan Kriptografi Negara di Setia Perdana
Title
Subject
Description

Alhamdulillah, pagi Isnin, dijemput menghadiri Forum Sumbang Saran Warisan Kriptografi Negara atas jemputan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) di Setia Perdana, Putrajaya. Terima kasih Pengarah NACSA dan PTPKM atas jemputan. Inilah bidang kepakaran kami yang hakiki dan dekat di hati, keselamatan siber.
Program menjadi platform perbincangan dan sumbang saran dalam kalangan pakar, agensi kerajaan, industri dan institusi akademik bagi memperkukuh usaha pemeliharaan, pendokumentasian serta pembangunan warisan kriptografi negara sebagai aset strategik keselamatan dan ilmu pengetahuan negara.
Panel Forum yang lain terdiri dari Dato' Ts. Dr. Hj. Amirudin bin Abdul Wahab, Penasihat Khas Keselamatan Siber kepada DYTM Raja Muda Selangor, mantan CEO CSM 2013-2026, panel kedua, Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohamed Ridza bin Wahiddin, tokoh akademik kuantum negara dengan kepakaran kriptografi dan keselamatan siber, Naib Canselor USIM 2019-2022 dan panel terakhir, Ts. Siraj Jalil, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia.
Forum yang berkonsepkan sembang santai bertujuan memberi inspirasi serta membuka ruang perkongsian idea dalam bidang kriptografi dan cybersecurity di Malaysia. Forum diharapkan dapat mencetuskan perbincangan bermakna dan menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik antara PTPKM, agensi kerajaan dan pihak industri dalam menghadapi cabaran ancaman komputer kuantum yang semakin berkembang.
Kami sempat berkongsi pandangan, model keselamatan komputer dibina dengan Trust, Man-Man, Man-Machine, Machine-Machine, tetapi kini kita berdepan dengan situasi Zero Trust, no such things as internal users, no user is trusted as default, verification has no exceptions.
Kami juga menekankan, hari ini sudah sampai masanya pertembungan AI vs AI, Crypto vs Crypto dan Machine vs Machine.
Sempat mengimbau penubuhan MIMOS tahun 1985, RANGKOM 1986, JARING 1990, MSC 1996, MyCERT 1997, Digital Signature Act & Computer Crime Act 1997, NISER 2001, pembangunan NIPPA & CNII awal 2000, CSM 2007, NACSA 2017, Global ACE 2018, PTPKM 2024.
Dari kami masuk ITM 1985, belajar Fortran, ter”hack” VAX machine…hingga lah kini, mana yang kami dapat sumbang, kami bersama panel forum telah mewakafkan diri dan ilmu untuk agama, bangsa dan tanah air yang kami cinta.
Alhamdulillah, Global Cybersecurity Index GCI tahun 2014, Malaysia no 3 dalam dunia, mendahului Singapura dan negara-negara maju, 2018 no 8, 2020 no 5, terakhir 2024 kita mengekalkan di Tier 1, no 4 dalam dunia, Alhamdulillah, berkat kerjasama semua pihak termasuk kepimpinan negara yang komited kepada kemajuan ICT dan Digital negara.
Inilah Warisan Kriptografi dan Cybersecurity yang perlu diteruskan. Cabaran dan tanggungjawab ini perlu digalas oleh generasi sekarang dan akan datang…
Dr. Amirudin Abdul Wahab
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️