Sebuah Perkongsian : Keperluan Kasih Sayang dalam Hierarki Keperluan Manusia dan Seruan Menyemai Kasih Sayang
Title
Sebuah Perkongsian : Keperluan Kasih Sayang dalam Hierarki Keperluan Manusia dan Seruan Menyemai Kasih Sayang
Description

Teringat dulu sewaktu kami di program KPP/IU belajar Psychology tentang Hierarchy of Needs perihal teori motivasi oleh Abraham Maslow yang menerangkan tentang keperluan manusia dalam bentuk piramid daripada asas hingga ke tahap tertinggi; keperluan Fisiologi, Keselamatan, Kasih Sayang, Penghargaan dan Penyempurnaan Kendiri.
Keperluan tahap ke 3 adalah keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan, bila kita ada masalah hubungan keluarga, rakan, pasangan rasa tidak diterima dan rasa kurang kasih sayang, implikasinya besar terkesan sepanjang kehidupan dan terlihat dalam tindak tanduk harian seseorang.
Maka, sebarkan kasih sayang dan tebarkan positivity. Semailah budi dan kasih kepada semua makhluk atas sifat Yang Khaliq.
عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ
Daripada Jarir bin Abdullah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Allah tidak menyayangi orang yang tidak menyayangi manusia.”
(Riwayat Bukhari no. 6013 Muslim no. 2319).
َعنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ، ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Orang-orang yang penyayang akan dirahmati oleh Yang Maha Pengasih. Sayangilah sesiapa di bumi, nescaya kamu akan disayangi oleh Yang di langit.”
(Riwayat Tarmizi no. 1924 hasan sahih)
Semoga Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang merezkikan kita dengan sifat pengasih dan penyayang, amin
.
.
Arca posting asal:
Public Health Malaysia
Si badut juga perlu kasih sayang!
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Public Health Malaysia
Date
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Jawi & Hadith Verses), English
Type
Social Media Posting (Facebook), (Institutional Address)
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1E1xQE5hsu/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Sebuah Perkongsian : Keperluan Kasih Sayang dalam Hierarki Keperluan Manusia dan Seruan Menyemai Kasih Sayang,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1972.